![]() |
| Read... |
Sememangnya sudah lama saya mahu menulis mengenai cara study smart yang betul tetapi personally saya tiada jawapan yang khusus untuk menjawab soalan ini kerana setiap individu itu mempunyai cara belajar yang tersendiri tentang bagaimana untuk belajar dengan cara yang betul, mungkin cara yang digunakan oleh orang lain tidak sesuai dengan diri seseorang individu yang lain...
Tetapi anda boleh merujuk dengan ramai pakar motivasi di luar sana ataupun boleh sahaja bertanya kepada rakan anda yang berjaya mendapat keputusan cemerlang tentang bagaimana kaedah yang betul untuk study smart .
Walaubagaimana pun saya akan senaraikan antara kaedah-kaedah yang digunakan oleh beberapa rakan saya yang cemerlang tentang bagaimana cara mereka belajar smart:
- Buat akronim: saya letakkan tip ini diatas sekali sebab saya dan beberapa rakan yg lain telah mencuba kaedah ini dan hasilnya memang berkesan... alhamdulillah selepas saya cuba sendiri keputusan exam pun naik mendadak... nanti saya akan post kan artikel cara berkesan untuk buat akronim ini...
- Buat nota: tidak kira apa subjek yang anda ambil pun.. mesti kena buat nota ringkas tentang bab ataupun topik yang anda belajar pada hari itu walaupun bab itu ada sikit jer teks dia. Cara nak buat nota tu tak perlu salin balik apa yang ada dalam buku teks tu tapi sekadar tulis tajuk tajuk kecil untuk setiap topic yang ada dalam satu satu bab itu sahaja... so dengan cara ini lebih memudahkan anda untuk menghafal apa yang anda belajar. Contohnya bila belajar, anda boleh rujuk sahaja tajuk tajuk kecil tersebut tanpa melihat buku teks, dan anda cuba untuk explain kat diri anda sendiri... boleh jugak kalau nak buat dengan cara peta minda, listing dan sebagainya...

