Wednesday, August 8, 2012

Usaha tapi Gagal?


Tadi saya baru komen dalam salah satu post di facebook mengenai satu soalan yang ditanyakan oleh seorang ahli motivasi terkenal di Malaysia..  "kenapa masih ada orang gagal setelah berusaha?" Sewaktu saya menjadi pembimbing rakan sebaya waktu di sekolah dahulu, saya sering juga ditanyakan oleh kawan kawan dengan soalan seperti ini sebenarnya :

"Kenapa aku asyik gagal dalam exam jer walaupun dah berusaha dengan kuat?"


"Kenapa aku nampak ade sorang roomate aku nih asyik study jer siang malam tapi result exam bawah 3 pointer jugak..."


and of course, saya kalau ditanya soalan, saya akan menjawab sekadar yang termampu... well saya bukan lah orang yang paling layak untuk menjawab soalan ini kerana saya bukanlah orang yang berjaya tapi sekadar mahu berkongsi pengalaman sahaja... ya memang ini soalan yang sering terbuntu dibenak fikiran ramai orang termasuk saya sendiri.. tapi setelah lama melihat dan mengkaji tentang orang orang yang berusaha tapi gagal ini, saya boleh merumuskan bahawa....



 MUSTAHIL ORANG YANG BERUSAHA AKAN GAGAL!!


and then mereka bertanya lagi dekat saya... tapi saya dah belajar siang and malam, bermati-matian tapi masih lagi gagal untuk dapat straight As... Kenapa? 


My response is this... MACAM MANA ANDA TAHU YANG ANDA SUDAH BERUSAHA BERMATI-MATIAN...??


Jawapan kepada soalan itu mudah sahaja... Teruskan bersusaha dan jangan sesekali putus asa.. sebab tuhan itu Maha Adil... mereka yang berusaha pasti mereka akan berjaya... and saya juga tak pernah dapat straight As dalam mana mana peperiksaan dalam hidup saya sehingga ke hari ini tapi saya mempunyai ramai kawan yang mendapat staright As dalam peperiksaan mereka.. dan apa yang saya perhatikan ialah mereka tidak pernah give up dalam pelajaran... (alangkah baiknya kalau saya menyedari hakikat ini semasa saya di tingkatan satu dahulu... ) ingat the moment kita give up itulah sebenarnya waktu kita benar-benar akan gagal dalam apa yang kita ceburi... betul kejayaan itu memang sangat sukar untuk dicapai tetapi apa yang penting ialah kita berusaha untuk mendapatkannyer...


And then ade pulak yang mengatakan bahawa mereka gagal kerana diuji oleh tuhan ataupun ini adalah satu qada dan qadar... for me.. maybe... tapi kita kenalah menyakini bahawa tuhan itu Maha Adil dan Maha Bijaksana... setakat hari ini saya belum pernah jumpa pelajar yang study hard and study smart failed dalam mana mana exam yang diambil. Tuhan itu maha Pengasih dan tidak mungkin Ia akan menghampakan perasaan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh hambanya untuk berjaya... even nak masuk ke syurga tuhan pun kena berusaha untuk mencari rahmatnya... dari situ kita boleh melihat bahawa memang tuhan menyuruh hambanya berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu yang mereka kehendaki.... Capailah rahmat Allah itu dengan berusaha bersungguh sungguh..


Cubalah kita bermuhasabah balik kenapa kita gagal mencapai matlamat yang kita kehendaki dalam hidup ini... especially for student.. mungkin kita study hard tapi tak study smart... betul perkara ini banyak terjadi... ramai pelajar yang siang malam berkepit dengan buku sahaja dan menghafal tanpa memahami apa yang dihafal... and then bila keluar result exam mereka berkata kenapa gagal lagi nih... ?? cuba tanya kepada pelajar-pelajar cemerlang bagaimana mereka study smart... tapi malangnya tak ramai pelajar cemerlang  akan mengaku kaedah yang mereka amalkan.. what a waste.. Setiap kali saya tanya pelajar cemerlang, mereka pasti kata "tak de rahsia pun, baca jelah buku". For me, mustahil hanya dengan baca buku sahaja , seseorang itu boleh mendapat result cemerlang... So paksa mereka mereka ini untuk membuka rahsia mereka.. hehe.. lepas tu ade pulak yang kata saya bukan orang genius... ini adalah salah sama sekali... saya berpegang terus kepada teori saya bahwa tiada orang genius di dunia ini.. (cuba baca artikel saya "Genius atau usaha" )  


Saya pun sering kali gagal mencapai matlamat study saya sehingga ke hari ini.. saya tak pernah pun dapat straight As ataupun perfect score dalam mana mana exam yang saya ambil... tapi saya tahu kalau saya berusaha lebih kuat lagi saya pasti  akan berjaya. Teruskan berusaha semaksimum yang mungkin and kalau boleh teruskan berusaha sampai bila- bila kerana kejayaan itu memang bukan mudah untuk dicapai... 


Janganlah kita  menyalahkan takdir ataupun sesiapa sahaja kerana semua yang terjadi adalah dibawah kawalan kita. Kita yang mengawal apa yang kita mahu capai dalam hidup ini, sama ada ke arah kebaikan atau kearah keburukan... kalau kita berusaha dengan cara yang betul, mustahil kita akan gagal... kita yang  membenarkan pemikran kita dikuasai oleh perkara yang baik atau jahat... kalau kita fikir kita akan gagal.. maka sudah pasti kita akan gagal... kalau Thomas Edison give up dalam menghasilkan lampu, nescaya pasti dunia ini akan bergelap , tapi dia tetap berusaha sehingga 1000 kali untuk mengahasilkan lampu yang akan menerangi dunia... 



Dan apa yang lebih penting ialah kita kenalah sentiasa bersyukur dengan apa yang telah kita dapat dalam hidup ini.. walaupun bukan yang kita kehendaki, tapi kita kenalah menerimanya dengan terbuka dan berazam untuk mendapatkan yang lebih baik pada masa akan datang..

Sentiasalah berdoa kepada Tuhan agar diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini and diberi kejayaan di akhir usaha yang telah kita lakukan kerana Tuhan itu Maha Besar dan Maha Adil...

Selamat Berusaha....


Delfadzil

Artikel ini telah disunting dan disiarkan di I Luv Islam.Com dengan tajuk "Kenapa Aku Masih Gagal?"

Baca Juga: Kegagalan

(p/s semoga artikel ini memberi peringatan kepada saya dan mereka yang membaca. Saya bukanlah pakar motivasi yer.. just suka untuk menulis mengenai apa yang terlintas di fikiran saya, share it if you think its interesting) 

1 comment:



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...