Tuesday, August 23, 2016

Disebalik Debu-debu Mesir

[Fakta yang ramai rakyat Malaysia perlu tahu...]

Purata rakyat Mesir, lebih kurang 70 % daripada 90juta rakyatnya hidup dibawah paras kemiskinan... 

Hampir 1.4 juta rakyatnya hidup dengan berpendapatan hanya USD 1 (RM4) sehari dan lebih kurang 16 Juta rakyat mereka berpendapatan hanya sekitar USD 2(RM 8) sehari. (Sumber UNICEF)



Majoriti mereka bekerja sebagai buruh mengangkat barang, menjadi pelayan di restoran dan bertani...



Ade juga yang terlampau miskin yang pergi mengutip sampah-sampah dijalanan untuk dijual... Gaji seorang Doktor House Officer (lepas grad) pula hanyalah USD 40 sebulan (RM 160)

Seorang Professor dalam kelas bertanya kepada kami pelajar Malaysia... gaji House Officer kat Malaysia berapa..? terkejut dia bila dapat tahu gaji doktor starting USD 1200 (RM 4500) di Malaysia

Negara Mesir ini mungkin kurang dengan kekayaannya kerana kerakusan pemimpin mereka terdahulu yang memerintah dengan cukup zalim dan merompak kekayaan rakyatnya... tetapi negara ini cukup kaya dengan ilmu pengetahuan..

Jalan lah di mana-mana jalan kat Mesir dan korang akan dapati al-Quran sentiasa menjadi buku ditangan mereka.. setiap kereta pula pasti akan ade sebuah al-Quran didalamnya...




Doakan untuk negara Mesir kerana rakyat Mesir cukup berbangga dengan negara Malaysia...

Delfadzil



Friday, August 19, 2016

Video Hantu Paling Seram

Video Hantu terakam di CCTV


Kredit to: Java Art

Live: Lee Chong Wei Vs Lin Dan 2016

LIVE: Watch Lee  Chong Wei vs Lin Dan SemiFinal Olympic Rio 2016


Komen Di MalaysiaKini Kurang Ajar

First of all nak ucap tahniah kepada semua pemain malaysia di sukan olimpik rio 2016...

Suatu kejayaan yang sangat membanggakan negara Malaysia. marilah kita mendoakan Emas pertama buat Malaysia di Olimpik...

Tatkala ramai rakyat Malayia medoakan kejayaan atet-atlet Malaysia... ada pulak orang yang jenis tak senang duduk nak kutuk-kutuk atlet Malaysia, AzizulHasni Awang

Bila Pandelela Rinong menang pingat di Olimpik.. mencurah-curah ucapan tahniah kepada beliau di ruangan komen di MalaysiaKini.. tetapi bila mana AzizulHasni menang pingat... bukan sahaja ucapan tahniah tidak diberikan.. tetapi ucapan kutukan pula yang diberikan...

Ini adalah antara contoh komen-komen di MalaysiaKini yang kurang menyenangkan




Boleh baca komen-komen tersebut di:

https://www.malaysiakini.com/news/352590

Hopefully MalaysiaKini dapat padam / delete komen-komen yang berbaur perkauman dan boleh mencetuskan rasa kurang senang di kalangan rakyat Malaysia...

#MalaysiaBoleh #TeamMalaysia

Video Yang Akan Mengubah Hidup Anda



Video yang wajib di tonton oleh semua orang... Les Brown


Credit: Team Difference Makers

Sunday, August 14, 2016

Saturday, August 13, 2016

‘Benda’ tu Ikut Aku Baca Surah Yassin


Okay..hari nih aku dapat satu pesanan dalam mesej dari seorang kawan lama yang suruh aku tulis pasal pengalaman dia..

Ini cerita dia: 

Nama aku Ayuni..dan perkara tu jadi tahun 2008… waktu tu aku baru dapat kerja dalam kerajaan.. dan antara syarat nak dapat penempatan tetap kena lalui satu kursus selama 6 bulan yang sangat mencabar… so nak di jadikan cerita.. dalam satu modul kursus tu kena ambik latihan ketenteraan.

Dan korang semua tahu lah kan bila cakap pasal latihan ketenteraan nih mesti antara salah satu aktiviti yang kena buat adalah duduk dalam hutan.. lebih kurang perkhemahan lah.

Thursday, August 11, 2016

10 FAKTA TENTANG KANSER YANG KITA TIDAK TAHU..




Hari nih dalam kelas 26/7/2016 belajar pasal penyakit Kanser. So nak tulis sikit 10 fakta tentang kanser yang disampaikan oleh Profesor dalam kelas tadi untuk pengetahuan umum.

1. Kanser bermaksud penyakit disebabkan oleh ketumbuhan/ replikasi/ penambahan/ multiplication sel yang tidak terkawal oleh sistem fisiologi badan manusia. Banyak risiko-risiko/ risk factor terjadinya kanser seperti merokok, alkohol, jangkitan virus ,genetik, etc

2. Setiap sel didalam badan manusia berupaya membentuk kanser sel, dan semua organ boleh menbentuk kanser. Dan setiap kanser menghasilkan simptoms yang berbeza antara satu sama lain.

Tuesday, August 9, 2016

AIR ALKALI DAN KENCING MANIS



Baru-baru nih ramai yang share mengenai air alkali atau 
‘miracle water’ yang dikatakan dapat menyembuhkan 
berbagai jenis penyakit dari kanser kepada lelah/semput, 
dan sehingga ke kencing manis. 


Air ini dikatakan mempunyai anti-oxidant dan kuasa
merawatberbagai jenis penyakit. Para pengedar/penjual air
ini telah  mendakwa bahawa air alkali ini mampu merawat
pelbagai jenis penyakit kronik antaranya ialah kencing manis.



Penyakit kencing manis ataupun diabetes mellitus (DM) 
adalah suatu penyakit disebabkan oleh paras gula (glucose) 
dalam darah yang terlalu tinggi dan ini akan mengakibatkan 
berlakunya pelbagai komplikasi-komplikasi yang bahaya 
seperti kegagalan buah pinggang, rabun, lemah immunity 
dan penyakit jantung.

Penyakit kencing manis ini secara umum terbahagi kepada 
dua pengklasifan yang utama iaitu Type 1 DM dan juga Type 
2 DM.

Untuk Type 1 DM (T1DM), sehingga ke hari ini ia masih 
belum diketahui puncanya tetapi pelbagai teori dicadangkan 
antaranya ialah penyakit keturunan (genetic) , autoimmune 
(system immunity menyerang badan sendiri) dan juga 
persekitaran. Kebiasaannya golongan muda kurang dari 
20tahun lebih banyak dilaporkan menghidapi T1DM.

Didalam T1DM, system immunity manusia menyerang organ 
pankreas tanpa sebab-sebab yang diketahu mengakibatkan 
hormone insulin yang dirembeskan oleh pancreas 
berkurangan didalam darah. 


Insulin adalah hormone yang membenarkan sel-sel dalam
badan manusia menggunakan gula untuk menghasilkan tenaga.


Kekurangan insulin mengakibatkan kenaikan paras gula 
yang tinggi didalam darah. Ini juga akan mengakibatkan 
pesakit ‘kencing manis’. Walaupun pesakit ‘kencing manis’ , 
paras gula di dalam darah tetap tinggi dan merbahaya untuk 
pesakit.

Untuk Type 2 DM (T2DM), ianya berlaku disebabkan oleh 
insulin gagal untuk memasukkan gula kedalam sel-sel 
badan manusia (insulin resistance) untuk digunakansebagai 
tenaga. Type 2 DM lebih senang untuk dihidapi oleh mereka 
yang gemuk (obesiti) dan juga yang kurang melakukan 
aktiviti. Dan seperti T1DM, ia juga mengakibatkan paras 
gula didalam darah akan menjadi tinggi.

Rawatan pada masa kini tertumpu kepada merawat PUNCA 
berlakunya DM. Untuk T1DM , rawatan adalah dengan 
memberikan pesakit suntikan insulin sepanjang hidup dan 
untuk T2DM adalah dengan mengurangkan berat badan dan 
melakukan aktiviti-aktiviti riadhah.

Jelas bahawa air alkali ini tidak mungkin dapat merawat 
DM kerana ia nya tidak bertindak keatas punca terjadinya 
DM. 

Mungkn para penjual/ pengedar air alkali ini dapat 
menerangkan bagaimana meminum air alkali ini dapat 
merawat kencing manis..??

Kenali tanda-tanda Diabetes/Kencing manis dan langkah pencegahannya:


Delfadzil




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...