Showing posts with label Am. Show all posts
Showing posts with label Am. Show all posts

Saturday, February 18, 2017

Bye - Bye Mesir...




6 Tahun lepas pada tanggal 11 jun 2011, saya telah memulakan blog ini untuk menulis semua pengalaman-pengalaman dan kisah-kisah menarik saya di negara mesir ini...walaupun sambutan yang tidak menggalakkan, saya tetap menulis dikala kesempatan masa yang ada.. banyak artikel tentang pelbagai perkara telah ditulis dan diterbitkan di blog ini..






Dan artikel kali ini adalah yang paling istimewa, ini adalah artikel terakhir saya akan tulis dari bumi Mesir...  




Hari ini 18 februari 2017... menandakan hampir beberapa jam sahaja lagi aku akan meninggalkan negara Mesir yang menjadi tempatku menuntut ilmu perubatan sejak dari oktober 2010... banyak kenangan yang tersemat yang ingin dikongsikan... pengalaman manis dan duka sepanjang beada di negara ini sangat mendewasakan diri dalam meneruskan kehidupan yang sementara ini...




Jutaan terima kasih saya ingin ucapkan kepada mereka yang membantu saya sepanjang pengajian saya di negara Nabi Musa ini terutamanya pihak keluarga, Penaja dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Education Malaysia Egypt dan Perubatan Cawangan Tanta..




Banyak artikel-artikel telah saya tulis mengenai pengalaman saya berada negara mesir ini dan anda dijemput untuk membacanya di blog ini..





Pengalaman berada di negara mesir ini selama 6tahun sangat bermakna dalam hidup saya... pelbagai makanan, ragam, adat, budaya, lagu, masalah dan juga revolusi mesir telah saya lalui...

pengalaman-pengalaman ini sememangnya tiada di negara malaysia... mana mungkin kita akan dapat melihat seorang mak cik tua yang menjunjung benda berat diatas kepalanya... mana mungkin juga kita melihat rakyat malaysia berhenti di tepi-tepi jalan untuk membuang air... 




Makanan-makanan mereka yang tidaklah sesedap makanan malaysia... (haha) namun makanan- makanan inilah yang akan sentiasa dirindui.. bila pula lah saya akan dapat merasai tokmiah, shahuka, and kushairi... nasi arab mashwi , air asob dan ruzz bil laban dia lagi selepas ini... 






Para professor dan pensyarah yang sangat baik dan humble dalam mengajar kami disini... professor professor ini sangat senang menjawab pertanyaaan kami walaupun pertanyaan yang kadang-kadang tidak masuk akal.. haha...




6 tahun setengah di negara mesir ini banyak mengajar kami erti kesabaran dalam melayani karenah arab mesir yang kadang-kadang dan selalunya menjengkelkan... budaya tidak sabar mereka dalam sesuatu perkara dan sikap suka menjerit ini pastinya akan dirindui suatu ketika nanti.. (haha.. betul ker dirindui nanti..??)  




To all my friends in Egypt... thank you soo much for being a part of my life here in egypt and keep supporting each other forever... may we all see each other again after returning back to malaysia soon...




Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan good luck kepada junior-junior dari tahun satu hinggalah ke tahun akhir... keep all the best memories you have about egypt and left the bad one behind...

Until we meet again...

Delfadzil
Tanta Mesir
18 Februari 2017

Thursday, September 22, 2016

Palsu Dokumen Untuk ke Universiti Luar Negara



Menurut satu laman berita di mStar, pada bulan MAC 2016, terdapat beberapa kes penipuan melibatkan agensi penghantaran pelajar ke Mesir. Laman mStar melaporkan agensi penghantaran pelajar telah memalsukan dokumen pelajar untuk melayakkan mereka belajar di Mesir

Walaubagaimanapun laman mStar tidak menamakan nama agensi berkenaan.

Sunday, September 18, 2016

Dato Dr Haron Din dalam Kenangan

1940-2016



Delfadzil mengucapkan takziah di atas pemergian Tuan Guru Dato Dr Haron Din ke rahmatullah pada 16 September 2016 di San Francisco Amerika Syarikat.

Mudah-mudahan roh beliau di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh

Alfatihah

Pendidikan Beliau


  • Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
  • Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
  • Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (Kolej Islam Klang) (1962-1965)
  • Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
  • Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
  • Ph.D Syariah - Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).

Kerjaya Beliau


  • pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
  • Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
  • Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
  • Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
  • Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
  • Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
  • Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
  • Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
  • Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

Sumber: Wikipedia

Delfadzil

Friday, August 19, 2016

Komen Di MalaysiaKini Kurang Ajar

First of all nak ucap tahniah kepada semua pemain malaysia di sukan olimpik rio 2016...

Suatu kejayaan yang sangat membanggakan negara Malaysia. marilah kita mendoakan Emas pertama buat Malaysia di Olimpik...

Tatkala ramai rakyat Malayia medoakan kejayaan atet-atlet Malaysia... ada pulak orang yang jenis tak senang duduk nak kutuk-kutuk atlet Malaysia, AzizulHasni Awang

Bila Pandelela Rinong menang pingat di Olimpik.. mencurah-curah ucapan tahniah kepada beliau di ruangan komen di MalaysiaKini.. tetapi bila mana AzizulHasni menang pingat... bukan sahaja ucapan tahniah tidak diberikan.. tetapi ucapan kutukan pula yang diberikan...

Ini adalah antara contoh komen-komen di MalaysiaKini yang kurang menyenangkan




Boleh baca komen-komen tersebut di:

https://www.malaysiakini.com/news/352590

Hopefully MalaysiaKini dapat padam / delete komen-komen yang berbaur perkauman dan boleh mencetuskan rasa kurang senang di kalangan rakyat Malaysia...

#MalaysiaBoleh #TeamMalaysia

Saturday, August 13, 2016

‘Benda’ tu Ikut Aku Baca Surah Yassin


Okay..hari nih aku dapat satu pesanan dalam mesej dari seorang kawan lama yang suruh aku tulis pasal pengalaman dia..

Ini cerita dia: 

Nama aku Ayuni..dan perkara tu jadi tahun 2008… waktu tu aku baru dapat kerja dalam kerajaan.. dan antara syarat nak dapat penempatan tetap kena lalui satu kursus selama 6 bulan yang sangat mencabar… so nak di jadikan cerita.. dalam satu modul kursus tu kena ambik latihan ketenteraan.

Dan korang semua tahu lah kan bila cakap pasal latihan ketenteraan nih mesti antara salah satu aktiviti yang kena buat adalah duduk dalam hutan.. lebih kurang perkhemahan lah.

Tuesday, June 28, 2016

Unbelievable: Delfadzil reached 1 Million pageviews..




So today was it… I started launching my first Instagram account…its kinda late compared to my friends.. but nevertheless.. I did it… its kinda complicated at first when I suddenly having 2 Ig account at the same time… but then I realized that we can actually log on to any Ig directly through our emel facebook account or through our emel..and I did log on with two username.. and to my surprised.. they are actually two different account.. some of my friends already following the second account… but then I had to disabled the second account because I didn’t want to much social media at one time..


Monday, April 25, 2016

Perubatan di Mesir: Kelebihan dan kekurangannya



Dah lama rasanya tak menulis dekat sini.. jadi hari nih sempena cuti umum pembebasan Sinai, saya rasa rajin sikit untuk menulis balik di sini… tahun 2016 menandakan sudah 6tahun saya berada di negara Mesir dan juga ini adalah tahun terakhir saya belajar medik di negara yang ‘dicintai’ ini…

Mengambil jurusan perubatan sebenarnya bukanlah pilihan pertama saya..tetapi setelah di nasihatkan oleh ayah, saya terpaksa mengambil bidang ini... alhamdulillah... timbul minat akhirnya setelah berada di tahun 3 perubatan terhadap bidang medik ini... (klik sini: sebab ambil medik) 

Ramai sebenarnya student Malaysia yang telah dan sedang belajar di negara Mesir, dalam lebih kurang 10 000 student sebenarnya.

Tapi dalam banyak-banyak pelajar tersebut tak ramai yang ingin berkongsi pengalaman mereka di alam maya.  Jadi saya rasa biarlah saya menulis sesuatu tentang belajar medik di negara Mesir ini. 

Saya datang ke negara Mesir ini sekitar Oktober 2010 melalui KPT dan alhamdulillah berjaya menempatkan diri disalah sebuah universiti di Mesir iaituTanta University.

Mungkin ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu atau pernah dengar nama Tanta Universiti ini.. tapi jika di negara Mesir, university ini adalah antara universiti top 10 terbaik di dalam negara. 


Pelajar Malaysia kebanyakkannya tertumpu di 8
buah universiti Mesir antaranya ialah Univeriti Kaherah, Universiti Ainsham, Universiti Al Azhar, Universiti Mansoura, Universiti Alexandria, Universiti Tanta, Universiti Zaqaziq dan Universiti Assiut. Kesemua universiti ini telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia (Kecuali Universiti Assiut) dan kelulusan pelajar dari universiti ini boleh digunakan untuk mendapat pekerjaan di Malaysia. 

Di Tanta Universiti sahaja sekitar hampir 1000 pelajar Malaysia pernah dan sedang belajar disini. Banyak antara pakar-pakar perubatan Malaysia juga merupakan bekas pelajar di universiti Tanta antaranya Dr Abdul Rani Osman (ADUN Selangor) dan Dr Sumitra Patmanathan (Pakar Bius).

Jadi selepas 6tahun belajar disini saya dapat membuat kesimpulan tentang kelebihan dan kekurangan belajar di negara ini:

KELEBIHAN:

Islam: belajar medik disini antara kelebihannya adalah kita sentiasa diterapkan dengan nilai-nilai Islam di dalam persekitarannya. Para pensyarah di sini sering mengaitkan sesuatu fenomena medik dengan kaitannya dalam alQuran dan Hadith. 

Para pelajar juga boleh menghadiri pelbagai kelas-kelas pengajian agama yang disediakan oleh para pelajar jurusan agama di Al Azhar universiti. 

Tetapi pelajar perlu pandai membahagikan masa mengahadiri kelas seperti ini. Persekitaran Islam di sini juga memudahkan para pelajar mencari makanan yang halal tanpa perlu ragu-ragu.


Klinikal Skill: klinikal skill disini memang diakui antara yang terbaik. Para pelajar didedahkan dengan klinikal skill yang lengkap untuk mendiagnose pesakit.

 Doktor di Mesir sudah secara amnya di latih untuk mendignose pesakit dengan hanya bergantung pada history dan clinical examination…ini kerana kekurangan teknologi moden mengakibatkan doktor-doktor terpaksa menggunakan kemahiran klinikal untuk mendiagnose...  

70% diagnosis dibuat dengan history dan examination dan bakinya hanyalah untuk confirmatory menggunakan lab. Investigation. Perkara ini sangat berbeza dengan medik di negara-negara maju seperti UK dan USA dimana diagnosis penyakit banyak bergantung pada labaratory investigation dan imaging dan ini mengakibatkan pesakit terpaksa menanggung kos kewangan yang tinggi.


Pengajian Sistem tradisional: Seperti mana yang kita tahu, pengajian bidang perubatan boleh dibahagikan kepada dua sistem, Sistem Tradisional dan Problem Based Learning PBL (integrated). 

Dan memang diakui bahawa kedua-dua system ini mempunyai kelebihan dan kekurangnnya yang tersendiri. Pelajar dari sistem tradisional perlu lebih banyak membaca berbanding PBL kerana system tradisional menuntut pelajarnya menghafal buku teks dari kulit ke kulit dan membuat perbandingan setiap subjek secara sendiri. 

Sebagai contoh, pelajar dari sistem tradisonal perlu membuka buku pharmakologi , pathology dan internal medicine secara serentak untuk memahamkan sesuatu penyakit dan rawatannya secara lebih mendalam. 

Manakala pelajar dari PBL hanya perlu belajar mengikut modul yang telah diasingkan oleh pihak fakulti masing-masing. Sebagai contoh jika mereka sedang berada di modul Cardiovascular diseases, kesemua ilmu asas perubatan telah dimasukkan sekali didalam modul tersebut tanpa perlu membuka buku-buku asas perubatan yang lain seperti anatomi dan physiology. 

Bagi pelajar yang rajin membaca, mereka akan suka sistem tradisional dan bagi yang meminati menjawab soalan-soalan mereka akan meminati system PBL. 

Saya secara peribadi memang meminati system tradisional kerana dapat melatih diri untuk banyakkan membaca. 

Walaubagaimanapun pelajar dari sistem tradisional mungkin menghadapi sedikitmasalah jika ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi seperti USMLE , MRCP atau MRCS kerana sistem peperiksaan ini menggunakan kaedah PBL.




Berpatutan: memang tidak dinafikan, pengajian di negara mesir ini adalah antara pengajian perubatan termurah berbanding kolej swasta di Malaysia. 

Sekitar 8000-9000 USD (RM 35 000) sahaja setahun dan perlu diingat kembali bahawa kesemua universiti yang menerima pelajar Malaysia ini adalah universiti awam negara Mesir (IPTA Mesir). Di Malaysia kos perubatan di kolej swasta mencecah hampir RM 60 000 setahun. 

Kos sara hidup disini juga adalah murah. Dengan hanya rm 500 sebulan anda sudah boleh hidup dengan selesa di sini. Ubat-ubatan disini juga adalah sangat murah jika dibandingkan dengan Malaysia.



Peluang pekerjaan: pelajar yang belajar jurusan perubatan di negara Mesir juga mempunyai advantage peluang pekerjaan jika mereka memilih bekerja di luar Malaysia. 

Ramai antara graduan-graduan Mesir diterima untuk bekerja di negara-negara Arab seperi Dubai, Saudi arabia, UK dan Eropah. Ini kerana negara Mesir mempunyai hubungan yang rapat dengan negara-negara tersebut.


Bahasa Inggeris bahasa pengantar: Kesemua kos-kos medik di negara Mesir menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam kuliah. Ini memudahkan para pelajar untuk mempelajari dan memahami pengajian dengan lebih berkesan.

Pensyarah yang sangat baik: Saya tidak tahu di universiti lain, tatapi di Universiti Tanta, pensyarahnya memang sangat jitu dan komited mengajar pelajar. Pelajar boleh pada bila-bila masa berjumpa dengan pensyarah yang bertaraf professor untuk bertanya soalan-soalan yang bertaraf ‘undergrad’ kepada mereka.


KEKURANGAN

Kekurangan fasiliti: Memang tidak dinafikan, universiti-universiti di Mesir ini kebanyakannya sudah ‘uzur’. Balajar didalam keadaan panas ketika musim panas amat mencabar bagi sesetengah dari kita. 

Walaubagaimanapun pihak universiti saban tahun cuba memperbaiki fasiliti-fasiliti tersebut. Jika anda dari kalangan pelajar yang tidak biasa berada di tempat seperti ini, saya nasihatkan agar mecari tempat lain untuk belajar.


Nisbah pelajar: Nisbah pelajar dan pensyarah di Mesir memang sangat mengecewakan. 

Didalam satu kelas praktikal, seorang pensyarah perlu mengajar hampir 20-30 orang pelajar. Ini sangat berbeza dengan nisbah di Malaysia dimana seorang pensyarah antara 4-8 orang pelajar.

Kotor : Maaf untuk saya mengatakan ini, bahawa keadaaan di banyak kawasan dan tempat di Mesir adalah sangat kotor. Sampah sarap sudah ibarat perhiasan di sini. 

Budaya masyarakat Mesir yang tidak memandang sampah di persekitaran mereka sebagai perkara yang penting sangat mendukacitakan. 

Di universiti sendiri pun sampah tidak dititik beratkan oleh pengurusan universiti. Sampah sarap ini juga boleh mengakibatkan penyakit-penyakit mudah merebak.

Kekurangan praktikal: Walaupun clinical skills yang lebih di utamakan disini, kemahiran praktikal seperti memasukan canula, catheter dan mengambil darah adalah masih lagi kurang jika dibandingkan dengan pelajar perubatan di Malaysia. 

Walaubagimanapun kemahiran praktikal ini bukanlan perkara yang lama untuk dipelajari bila pelajar balik ke Malaysia nanti. Pemahaman Teori lebih penting untuk difahami dan mengambil masa yang lama berbanding pemahaman praktikal.


Jadi ini sahaja rasanya yang saya boleh terpikir setakat hari ini… jika anda ada cadangan dan komen ataupun pengalaman sendiri komen di ruangan di bawah.

Tujuan
 artikel ini ditulis bukanlah mahu meninggi-ninggi atau merendah-rendahkan sistem perubatan mesir tetapi sekadar panduan bagi pelajar-pelajar baru dari Malaysia yang berkemungkinan mahu menyambung pengajian mereka di mesir suatu hari nanti. 


But at the end, no matter where did you go to study or which university you went, its all up to you to be the best and improve yourself. Its your effort that destined your future and not your background...

Saya harap artikel ini dapat memberi sedikit idea kepada masyarakat di luar sana tentang system medik di negara mesir. Secara jujurnya saya gembira memilih mesir sebagai tempat pengajian saya disini.


Delfadzil

Artikel berkaitan: Kenapa aku ambil medik?

Follow me at facebook: Click Here

Monday, November 9, 2015

20 things I wish I had done in my First year...

Alhamdulillah... berjaya juga menghabiskan sesi pembelajaran perubatan tahun lima di Tanta Universiti... as expected.. I didnt achieve my target this year.. memang sedih tetapi itu hakikat yang perlu ditelan walaupun pahit... a lot of stupid and careless mistakes that I made during the exam were totally undeniable... well... kegagalan itu memang pahit...  tapi bila aku tengok balik kebelakang how far that I have reached till this day... its totally unbelievable... memang tak sangka akan sampai juga ke tahun terakhir... dari tahun satu sampailah sekarang... banyak benda kalau dikenang akan membuat kita menyesal dan menangis kenapalah kita tak buat waktu ade masa dulu.... tapi... bersyukur lah dengan apa yang telah Allah berikan kepada kita...

Tuesday, March 31, 2015

Kenapa ambik medik...? Part 2

Ok... after almost 8 months tak post apa 2... sorry lah... sibuk sikit lately... so saya rasa nak tulis balik sambungan kenapa saya ambik medik... so sebenarnya tak rancang  pun nak ambik medik sebab saya memang tak tahu  apa yang saya nak jadi lepas spm.. saya memang tak rancang nak kerja dalam bidang apa  lepas habis spm... dalam fikiran saya just nak buat yang terbaik jer dalam semua exam yang saya ambik masa sekolah and matrik... 

Tuesday, June 10, 2014

Kenapa ambik medik...? Part 1

Hi... hari nih tiba -tiba rasa nak update blog... tadi tengah baring-baring nak tido... tapi entah kenapa tak boleh tido pulak... otak dok pikir macam-macam pasal exam next week... nak baca apa malam nih...? rancang nak buat soalan apa kejap lagi...? so plan nk tido tak boleh sbb pikir macam nih... so bukak laptop tulis blog lagi best.. 

Sedar tak sedar dah nak habis dah tahun 4 medik kat mesir nih start belajar dari tahun 2010.. one thing that i can say that medik is totally a long and tiring subject... ye lah.. kawan2 kita dalam bidang lain biasanya belajar dalam 3-4tahun lepas tu dah graduate... kita yg ambik medik nih belajar 6 tahun.. mmg boring yang teramatlah... lebih lebih lagi tengok kawan2 yang dah nak start kerja...

Sunday, May 25, 2014

Exam dan Universiti

Lama dah tak update blog nih... last update lebih kurang 8 bulan yang lepas.. huhu... ok lah.. So disebabkan tujuan saya buat blog ini adlah untuk express apa2 yang terjadi dalam hidup saya.. So kali nih saya just nk tulis something yang sangat-sangat membuatkan hati saya marah...



Friday, October 26, 2012

Sesi kuliah yang baru...



Dah lama dah tak menulis... nak buat macam mana bulan oktober nie  biasanya bulan untuk memulakan sesi kuliah yang baru, so ni sibuk sikit untuk menguruskan macam-macam  urusan pendaftaran dekat universiti dan sebagainya.. So Alhamdulillah now I am a 3rd year medical student... rasa macam cepat jer masa berlalu... tak rasa pun macam dah dua tahun belajar kat Mesir nie... (ye ker tak terasa...??)

Being a 3rd year medical students in Egypt they (the seniors offcourse) said will be the hardest year as all of the major subject in medicine will be compressed in this year... For your information... 3rd year medical student will be learning  many interesting subject this year.. so subject untuk tahun tiga ni adalah Pathology, Pharmacology, Parasitology and Microbiology.... and as usual banyaklah orang akan kata subjek-subjek ini susah dan sebagainya... well.. I dont know actually sebab baru jer belajar tak sampai pun 20% semua bab dalam buku-buku ni... hehe..

Wednesday, September 26, 2012

Me and Facebook...

Things I do on Facebook...


  • I will never chat with you unless you started first...

  • I will never approve friend request with profile picture of animal face, car or artist even with 100 mutual friends...

Tuesday, September 18, 2012

Api takkan boleh padam api...

Kecewa dan sedih.. itu yang dapat saya ungkapkan bila dapat tahu ada di antara orang Islam yang telah melakukan provokasi dengan menyerang kedutaan Amerika di beberapa buah negara dan membunuh salah seorang duta Amerika ke Libya...

Memang benar kita sebagai seorang muslim pasti merasa sedih dengan peristiwa penghinaan yang telah berlaku kepada Nabi Muhammad SAW yang telah di adaptasikan dalam filem Innocence of Muslims, tetapi sewajarnya sebagai umat Islam kita tidak perlulah bertindak terburu-buru untuk melakukan perkara yang kurang bijak dan merugikan diri sendiri dan mencemarkan nama baik Islam itu sendiri.


Saya sebenarnya juga agak hairan apabila umat Islam begitu bersungguh-sungguh marah kepada mereka yang mencemarkan dan menghina Nabi Muhammad SAW (tak lah kata saya xmarah...), betul memang kita sebagai umat Islam akan marah dan kecewa... tetapi pada masa yang sama kita tidak pernah terfikir untuk mengangkat nama Islam itu sendiri... ya umat Islam itu  seramai 1.3 Bilon orang, tapi sangat lemah dari pelbagai bidang. Kita pada hari ini terus leka dan lalai dengan hiburan dan perkara-perkara yang membuang masa. 


Monday, September 10, 2012

Ph.D di Oxford University??



Tak percaya.. itu reaksi pertama saya bila dapat  tahu ada seorang anak Melayu berjaya mendapat tempat untuk menyambung pengajian ke peringkat Ph.D dalam bidang Biochemistry di Universiti Oxford...  memang tak percaya... apa tak nya, kalau nak sambung Ph.D dekat Malaysia pun susah inikan pulak nak buat Ph.D dekat Oxford, and bukannya dalam bidang sastera, tapi dalam bidang sains Biochemistry... OMG!!! Tahniah kepada Mohd Firdaus Samsuddin dari Terengganu...

Kejayaan ini sebenarnya perlu menjadi pembakar semangat baru kepada kita semua untuk meneruskan belajar ke peringkat yang lebih tinggi lagi.. berita ini pastinya memecahkan mindset kebanyakkan orang  bahawa anak Malaysia  tidak boleh berjaya di peringkat antarabangsa...  So harap-harapnya Mohd Firdaus ini dapat mengharumkan nama Malaysia pada masa akan datang dengan membuat penemuan-penemuan baru dalam bidang sains di Malaysia dan sekaligus mengangkat martabat Islam di persada antarabangsa...

Delfadzil

Baca di sini

Saturday, August 18, 2012

Happy Eid ul Fitr @ Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

I would like to wish all of my muslim viewers a Happy Eid ul Fitr 2012 / 1433 hijriah... may Allah bless all of us. We pray for the safety of all muslims in Palestine, Myanmar, Syria, Afghanistan, Somalia, Iraq, United States, South Thailand and Philiphine. May Allah protect and save them from their enemy. Let us hope that this Eid ul Fitr will bring us cheerful and joyful memory in this life...

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 kepada semua pelayar laman web ini... semoga Allah memberkati kita semua. Kita berdoa akan keselamatan umat Islam di Palestin, Myanmar, Syria, Afgahnistan, Somalia, Selatan Thai dan Filipina. Semoga Allah selamatkan mereka daripada musuh-musuh yang durjana. Marilah kita berharap agar Hari Raya ini akan membawa kegembiraan yang berkekalan dalam memori kita di dunia ini...




Sincerely,
delfadzil (AUGUST 2012)

Friday, August 17, 2012

Cara Nak Mencari Publisiti Untuk Jawatan...

Hmmmm.. hari ni aku nak tulis pasal tip tip untuk mendapatkan jawatan dalam mana mana persatuan atau pertubuhan yang anda masuk samada di peringkat sekolah ataupun universiti... tapi tip ini hanya untuk mereka yang berada di peringkat sekolah atau universiti sajalah sbb kalau nak masuk mana mana pertubuhan  NGO atau pun parti politik , yang besar besarlah lebih kurang tu.. anda memerlukan bakat dan kelebihan yang lain.. so this post is specifically for student yang nak kan jawatan lah... @ cara cara nak mencari publisiti....  and for your information.. aku ni suka memerhati sesuatu.. so bila masuk sekolah and kolej aku selalu tengok kawan kawan berebut rebut nak kan jawatan dalam something persatuan yang diorang masuk... so tanpa membuang masa.. jom tengok tip2 apa yang sering diorang gunakan untuk mencari publisiti:

1) Masuk kumpulan nasyid: Yup.... this is so true... kalau anda masuk dalam mana mana kumpulan  nasyid dekat sekolah anda... probability untuk mendapatkan jawatan kalau anda bertanding adalah sangat tinggi... tapi kena ade pakej lah.. baru orang akan undi... such as suara yang sedap dan personaliti yang menarik...
Setakat hari ni lah kebanyakkan sekolah yang aku pergi, ketua pengawas ataupun ketua pelajar dia adalah dari ahli kumpulan nasyid...more than 40% lah lebih kurang...

Wednesday, August 1, 2012

Genius atau Usaha?

             Tajuk ni memang hangat diperkatakan sejak saya di sekolah menegah lagi...terutamanya bila lepas keluar result exam... 

Bila ada orang yang dapat result straight As atau 4.0 GPA mesti orang tu dilabel sebagai genius... 

For me there is no such thing as genius people in this world (I think my psychology lecturer must really hate this statement)

Those who work hard will get what he work for... life is simple.. so you dont say somebody is gifted or genius or whatever (eventhough genius people is recognized in medicine actually)... 

Through out my life as a student at every school I went by, there is not a single student who can get straight As without working hard.. 

Suppose you would says that genius student ni memang dah pandai lah dari kecil, thats why diorang dapat straight As... 

No... if you are thinking that way.. you are completely wrong... why is that every straight As student yang saya jumpa semuanya belajar terlampau gila sampai lunyai lunyai buku mereka... sebenarnya orang yang selalu menjadi pelajar cemerlang ni bukannya genius tetapi mereka berusaha dengan semaksimum  yang mungkin dan mereka berjaya...



Saturday, June 16, 2012

1st Year Anniversary of my blog...

HAPPY 1ST YEAR ANNIVERSARY OF delfadzil.blogspot.com

I would like to thank all of my viewers for viewing this blog for the past one year since its establishment on June 2011... THANK YOU.... KEEP SUPPORTING THIS BLOG AND PROMOTING IT...

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelayar laman blog ini selama satu tahun yang lepas sejak penubuhan laman blog ini pada Jun 2011... TERIMA KASIH... TERUSKAN MENYOKONG BLOG INI DAN MEMPROMOSIKANNYA...


Sincerely,
delfadzil



Thursday, June 7, 2012

SALAH SIAPA?

KALAU SAYA GAGAL MENCAPAI MATLAMAT SAYA...

Kalau saya gagal, saya tak salahkan ibubapa dan keluarga,

Kalau saya gagal, saya tak salahkan guru dan pensyarah,

Kalau saya gagal, saya tak salahkan rakan-rakan,

Kalau saya gagal, saya tak salahkan sekolah @ universiti,

Kalau saya gagal, saya tak salahkan MASA,

Kalau saya gagal, saya tak salahkan jiran rumah saya,

Kalau saya gagal, saya tak salahkan masalah kewangan saya,


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...