Showing posts with label Mesir. Show all posts
Showing posts with label Mesir. Show all posts

Monday, May 1, 2017

Perubatan di Mesir : Perkara Wajib Tahu

Blog delfadzil menerima banyak pertanyaan samada melalui komen atau pun di facebook peribadi saya tentang belajar perubatan di negara mesir ini. 






 Setiap tahun ramai antara pelajar lepasan SPM yang PM saya bertanyakan mengenai kos medik ini.

Disini saya akan senaraikan serba sedikit beberapa fakta yang perlu anda tahu sebelum membuat keptusan untuk datang belajar perubatan di negara Mesir ini.

Saturday, February 18, 2017

Bye - Bye Mesir...




6 Tahun lepas pada tanggal 11 jun 2011, saya telah memulakan blog ini untuk menulis semua pengalaman-pengalaman dan kisah-kisah menarik saya di negara mesir ini...walaupun sambutan yang tidak menggalakkan, saya tetap menulis dikala kesempatan masa yang ada.. banyak artikel tentang pelbagai perkara telah ditulis dan diterbitkan di blog ini..






Dan artikel kali ini adalah yang paling istimewa, ini adalah artikel terakhir saya akan tulis dari bumi Mesir...  




Hari ini 18 februari 2017... menandakan hampir beberapa jam sahaja lagi aku akan meninggalkan negara Mesir yang menjadi tempatku menuntut ilmu perubatan sejak dari oktober 2010... banyak kenangan yang tersemat yang ingin dikongsikan... pengalaman manis dan duka sepanjang beada di negara ini sangat mendewasakan diri dalam meneruskan kehidupan yang sementara ini...




Jutaan terima kasih saya ingin ucapkan kepada mereka yang membantu saya sepanjang pengajian saya di negara Nabi Musa ini terutamanya pihak keluarga, Penaja dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Education Malaysia Egypt dan Perubatan Cawangan Tanta..




Banyak artikel-artikel telah saya tulis mengenai pengalaman saya berada negara mesir ini dan anda dijemput untuk membacanya di blog ini..





Pengalaman berada di negara mesir ini selama 6tahun sangat bermakna dalam hidup saya... pelbagai makanan, ragam, adat, budaya, lagu, masalah dan juga revolusi mesir telah saya lalui...

pengalaman-pengalaman ini sememangnya tiada di negara malaysia... mana mungkin kita akan dapat melihat seorang mak cik tua yang menjunjung benda berat diatas kepalanya... mana mungkin juga kita melihat rakyat malaysia berhenti di tepi-tepi jalan untuk membuang air... 




Makanan-makanan mereka yang tidaklah sesedap makanan malaysia... (haha) namun makanan- makanan inilah yang akan sentiasa dirindui.. bila pula lah saya akan dapat merasai tokmiah, shahuka, and kushairi... nasi arab mashwi , air asob dan ruzz bil laban dia lagi selepas ini... 






Para professor dan pensyarah yang sangat baik dan humble dalam mengajar kami disini... professor professor ini sangat senang menjawab pertanyaaan kami walaupun pertanyaan yang kadang-kadang tidak masuk akal.. haha...




6 tahun setengah di negara mesir ini banyak mengajar kami erti kesabaran dalam melayani karenah arab mesir yang kadang-kadang dan selalunya menjengkelkan... budaya tidak sabar mereka dalam sesuatu perkara dan sikap suka menjerit ini pastinya akan dirindui suatu ketika nanti.. (haha.. betul ker dirindui nanti..??)  




To all my friends in Egypt... thank you soo much for being a part of my life here in egypt and keep supporting each other forever... may we all see each other again after returning back to malaysia soon...




Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan good luck kepada junior-junior dari tahun satu hinggalah ke tahun akhir... keep all the best memories you have about egypt and left the bad one behind...

Until we meet again...

Delfadzil
Tanta Mesir
18 Februari 2017

Tuesday, September 27, 2016

Jangan Ambil Kos Perubatan Jika Tiada Kewangan

Artikel kali nih saya tulis untuk respon kepada isu baru-baru nih dimana kita dapati berita 150 pelajar mesir yang mungkin ditamatkan pembelajaran mereka kerana kegagalan membayar yuran pengajian university mereka.



        
Ia… dalam banyak-banyak 150 orang pelajar ini, mungkin ada banyak sebab yang menyebabkan mereka tidak dapat membayar yuran.. mungkin ada diantara mereka yang mungkin telah tertipu dengan janji manis agensi yang menghantar mereka ke mesir, atau mungkin disebabkan kejatuhan wang ringgit yang sangat teruk… wang pinjaman mereka tidak dapat menampung kehidupan mereka disini… apa-apa pun saya mendoakan yang terbaik buat mereka dan berharap masalah mereka ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera… banyak sebab mungkin kenapa masalah ini boleh berlaku… tetapi itu semua diluar jangkauan saya untuk menulis sesuatu yang saya tidak tahu.

Thursday, September 22, 2016

Palsu Dokumen Untuk ke Universiti Luar Negara



Menurut satu laman berita di mStar, pada bulan MAC 2016, terdapat beberapa kes penipuan melibatkan agensi penghantaran pelajar ke Mesir. Laman mStar melaporkan agensi penghantaran pelajar telah memalsukan dokumen pelajar untuk melayakkan mereka belajar di Mesir

Walaubagaimanapun laman mStar tidak menamakan nama agensi berkenaan.

Tuesday, September 20, 2016

10 Tip Survival di Mesir










Alhamdulillah tahun 2016 menandakan hampir 6 tahunsudah aku berada di negara MESIR yang ‘tercinta’ ini… dan hanya tinggal lagi 5 bulan sebelum menamatkan pengajian di negara Mesir ini.. (inshaAllah… doakan yer)





Banyak pengalaman manis dan pahit yang ade akan terus kekal di 
dalam ingatan. Dalam banyak-banyak pengalaman tersebut, ade yang meminta untuk ku menulis satu artikel di blog(walaupun dah tak ramai orang baca blog sekarang nih)tentang beberapa nasihat dan tip-tip tinggal di negara Mesir ini bagi panduan generasi-generasi rakyat Malaysia amnya pada masa akan datang.

So here are all those advices and tips to all new student coming to Egypt. 

Tak kisah di mana-mana university anda pergi… nasihat ini adalah umum tentang kehidupan di negara Mesir,


1. Kuasai Basic Ammiah Arab: yang nih memang antara terpenting jika mahu hidup di mesir ini. Kuasai basic sepertinombor dan perbualan harian sahaja rasanya sudah mencukupi untuk tinggal disini. Walaupun lebih bagus kalau anda dapat kuasai dengan lebih mendalam. Sejujurnya, aku pun tak tahu banyak tentang bahasa ammiah ini  hanya sekadar basic nombor sahaja.



2. Berpersatuan dan berorganisasi: Join sekurang-kurangnya satu persatuan pelajar Malaysia disini samada PERUBATAN,PMRAM, IKRAM, ISMA, KULN, etc. Banyak kelebihan yang akan dapat seperti merapatkan ukhwah, social skill, dan kepimpinan.



3.  Jangan mudah mempercayai. Banyak kes-kes pelajar Malaysia yang ditipu dalam berbagai aspek samada urusan jual beli, naik tramco, teksi, etc… so make sure anda betul-betul tahu mengenai sebarang urusan yang mahu dijalankan bersama orang arab disini



4. Sentiasa bawa wang kecil/ syiling: Antara taktik segelintir orang mesir adalah apabila anda berjual beli, mereka akan sengaja tidak memberi baki wang kecil anda dan menggantikannya dengan gula-gula ataupun mintak dihalalkan. So make sure sentiasa bawa wang syiling bila keluar rumah. 



5.  Jangan meminum air-air ditepi jalan ataupun air kosong dalam jak yang disediakan di restoran. Silap paling besar jika anda meminum air-air tersebut kerana tidak dijamin air itu selamat untuk diminum kerana dikhuatiri menggunakan air paip yang belum dimasak. 




Masyarakat mesir memang ada yang baik untuk menyediakan sebuah tong @ watercooler ditepi-tepi jalan untuk diminum oleh orang yang lalu lalang di situ… 

Memang tak dinafikan ramai orang mesir meminum air- air tersebut dan mungkin kerana itu insiden Hepatitis (jangkitan virus) di Mesir adalah tinggi jika nak dibandingkan dengan Malaysia.. berhati-hati

6. Jangan mengambil apa-apa pemberian daripada orang yang tak dikenali. Kadang-kadang jika anda berjalan-jalan di Mesir… akan ade orang arab yang akan beri kertas ataupunsticker al-Quran dsb.. bila sahaja anda mengambil kertas tersebut.. anda akan diminta membayar kepada orang tersebut sebagai sedekah..



7. Elakkan bertengkar dengan rakyat Mesir… kita semua tahu bahawa ade segelintir rakyat Mesir bersifat panas baran dan suka meninggikan suara pabila bertengkar. The best way kalau korang berada di dalam situasi ini adalah tidak melayan mereka dan berlalu pergi.



8. Pastikan visa anda sentiasa hidup… walaupun jarang pihak polis Mesir membuat semakan ke atas passport orang luar… tetapi apabila anda ingin kembali ke Malaysia melalui lapangan terbang… pihak imigresen Mesir akan meyemak passport anda.. dan akan mendenda mereka yang tidak ada visa atau yang dah expired.

9. Buat kawan dengan rakyat mesir. Banyak kelebihan yang kita akan dapat kalau banyak kawan-kawan dari rakyat mesir ini. Ada yang baik dan ada juga yang tidak. Cara terbaik adalah dengan mencai rakan mesir dari tahun batch anda di universiti.



10 Mengetahui lokasi-lokasi penting untuk rakyat Malaysia di Mesir. Selain daripada kedutaan dan rumah negeri, anda juga perlu mengetahui lokasi-lokasi penting seperti mesin atmbalai polishospital dan sebagainya






So ini adalah antara 10 tip yang aku terpikir setakat ini… komen di ruangan komen dibawah jika anda rasa ada penambahan tip-tip yang anda rasa sesuai..


Terima kasih kerana membaca and good luck kepada pelajar baru samada dari pengajian kesihatan ataupun pengajian Islam.

Doakan kami disini berjaya melepasi peperiksaan akhir tahun 6 dengan jayannya dan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat kepada negara Malaysia yang tercinta.

DELFADZIL


Follow me on Facebook for any advice: Muhammad Fadzil

Tuesday, August 23, 2016

Disebalik Debu-debu Mesir

[Fakta yang ramai rakyat Malaysia perlu tahu...]

Purata rakyat Mesir, lebih kurang 70 % daripada 90juta rakyatnya hidup dibawah paras kemiskinan... 

Hampir 1.4 juta rakyatnya hidup dengan berpendapatan hanya USD 1 (RM4) sehari dan lebih kurang 16 Juta rakyat mereka berpendapatan hanya sekitar USD 2(RM 8) sehari. (Sumber UNICEF)



Majoriti mereka bekerja sebagai buruh mengangkat barang, menjadi pelayan di restoran dan bertani...



Ade juga yang terlampau miskin yang pergi mengutip sampah-sampah dijalanan untuk dijual... Gaji seorang Doktor House Officer (lepas grad) pula hanyalah USD 40 sebulan (RM 160)

Seorang Professor dalam kelas bertanya kepada kami pelajar Malaysia... gaji House Officer kat Malaysia berapa..? terkejut dia bila dapat tahu gaji doktor starting USD 1200 (RM 4500) di Malaysia

Negara Mesir ini mungkin kurang dengan kekayaannya kerana kerakusan pemimpin mereka terdahulu yang memerintah dengan cukup zalim dan merompak kekayaan rakyatnya... tetapi negara ini cukup kaya dengan ilmu pengetahuan..

Jalan lah di mana-mana jalan kat Mesir dan korang akan dapati al-Quran sentiasa menjadi buku ditangan mereka.. setiap kereta pula pasti akan ade sebuah al-Quran didalamnya...




Doakan untuk negara Mesir kerana rakyat Mesir cukup berbangga dengan negara Malaysia...

Delfadzil



Saturday, July 2, 2016

Aidilfitri , Putrajaya dan Tanta Mesir…

So hari nih rasa rajin sikit nak menulis… dalam fatrah musim raya nih.. aku nak tulis sikit pasal sambutan raya aidilfitri di negara Mesir nih.. aku sebenarnya dah hampr 3tahun tak balik beraya 1syawal dengan family.. last time tahun 2013 …but its okay… sebab aku pun dah lama duduk asrama… memang dah terbiasa berjarak dengan family.. 

So biasanya kalau  kat Malaysia satu syawal kita orang akan berkumpul pagi-pagi kat rumah…  pergi sembahyang raya then mak aku akan panaskan rendang yang telah semalaman dia masak.. ayah aku pulak memang every raya akan beli lemang… actually rumah kita orang kat Putrajaya... kalau korang orang Putrajaya.. korang akan tahu satu kampong dekat pinggirang Putrajaya.. kampung abu bakar baginda something nama kot.. kat situ ade kedai jual lemang yang sangat sedap… dia dekat sebelah highway yang aku ingat..  haha.. (tak der point apa pun.. saja nak bagi panjang sikit artikel nih hehe)

Monday, April 25, 2016

Perubatan di Mesir: Kelebihan dan kekurangannya



Dah lama rasanya tak menulis dekat sini.. jadi hari nih sempena cuti umum pembebasan Sinai, saya rasa rajin sikit untuk menulis balik di sini… tahun 2016 menandakan sudah 6tahun saya berada di negara Mesir dan juga ini adalah tahun terakhir saya belajar medik di negara yang ‘dicintai’ ini…

Mengambil jurusan perubatan sebenarnya bukanlah pilihan pertama saya..tetapi setelah di nasihatkan oleh ayah, saya terpaksa mengambil bidang ini... alhamdulillah... timbul minat akhirnya setelah berada di tahun 3 perubatan terhadap bidang medik ini... (klik sini: sebab ambil medik) 

Ramai sebenarnya student Malaysia yang telah dan sedang belajar di negara Mesir, dalam lebih kurang 10 000 student sebenarnya.

Tapi dalam banyak-banyak pelajar tersebut tak ramai yang ingin berkongsi pengalaman mereka di alam maya.  Jadi saya rasa biarlah saya menulis sesuatu tentang belajar medik di negara Mesir ini. 

Saya datang ke negara Mesir ini sekitar Oktober 2010 melalui KPT dan alhamdulillah berjaya menempatkan diri disalah sebuah universiti di Mesir iaituTanta University.

Mungkin ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu atau pernah dengar nama Tanta Universiti ini.. tapi jika di negara Mesir, university ini adalah antara universiti top 10 terbaik di dalam negara. 


Pelajar Malaysia kebanyakkannya tertumpu di 8
buah universiti Mesir antaranya ialah Univeriti Kaherah, Universiti Ainsham, Universiti Al Azhar, Universiti Mansoura, Universiti Alexandria, Universiti Tanta, Universiti Zaqaziq dan Universiti Assiut. Kesemua universiti ini telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia (Kecuali Universiti Assiut) dan kelulusan pelajar dari universiti ini boleh digunakan untuk mendapat pekerjaan di Malaysia. 

Di Tanta Universiti sahaja sekitar hampir 1000 pelajar Malaysia pernah dan sedang belajar disini. Banyak antara pakar-pakar perubatan Malaysia juga merupakan bekas pelajar di universiti Tanta antaranya Dr Abdul Rani Osman (ADUN Selangor) dan Dr Sumitra Patmanathan (Pakar Bius).

Jadi selepas 6tahun belajar disini saya dapat membuat kesimpulan tentang kelebihan dan kekurangan belajar di negara ini:

KELEBIHAN:

Islam: belajar medik disini antara kelebihannya adalah kita sentiasa diterapkan dengan nilai-nilai Islam di dalam persekitarannya. Para pensyarah di sini sering mengaitkan sesuatu fenomena medik dengan kaitannya dalam alQuran dan Hadith. 

Para pelajar juga boleh menghadiri pelbagai kelas-kelas pengajian agama yang disediakan oleh para pelajar jurusan agama di Al Azhar universiti. 

Tetapi pelajar perlu pandai membahagikan masa mengahadiri kelas seperti ini. Persekitaran Islam di sini juga memudahkan para pelajar mencari makanan yang halal tanpa perlu ragu-ragu.


Klinikal Skill: klinikal skill disini memang diakui antara yang terbaik. Para pelajar didedahkan dengan klinikal skill yang lengkap untuk mendiagnose pesakit.

 Doktor di Mesir sudah secara amnya di latih untuk mendignose pesakit dengan hanya bergantung pada history dan clinical examination…ini kerana kekurangan teknologi moden mengakibatkan doktor-doktor terpaksa menggunakan kemahiran klinikal untuk mendiagnose...  

70% diagnosis dibuat dengan history dan examination dan bakinya hanyalah untuk confirmatory menggunakan lab. Investigation. Perkara ini sangat berbeza dengan medik di negara-negara maju seperti UK dan USA dimana diagnosis penyakit banyak bergantung pada labaratory investigation dan imaging dan ini mengakibatkan pesakit terpaksa menanggung kos kewangan yang tinggi.


Pengajian Sistem tradisional: Seperti mana yang kita tahu, pengajian bidang perubatan boleh dibahagikan kepada dua sistem, Sistem Tradisional dan Problem Based Learning PBL (integrated). 

Dan memang diakui bahawa kedua-dua system ini mempunyai kelebihan dan kekurangnnya yang tersendiri. Pelajar dari sistem tradisional perlu lebih banyak membaca berbanding PBL kerana system tradisional menuntut pelajarnya menghafal buku teks dari kulit ke kulit dan membuat perbandingan setiap subjek secara sendiri. 

Sebagai contoh, pelajar dari sistem tradisonal perlu membuka buku pharmakologi , pathology dan internal medicine secara serentak untuk memahamkan sesuatu penyakit dan rawatannya secara lebih mendalam. 

Manakala pelajar dari PBL hanya perlu belajar mengikut modul yang telah diasingkan oleh pihak fakulti masing-masing. Sebagai contoh jika mereka sedang berada di modul Cardiovascular diseases, kesemua ilmu asas perubatan telah dimasukkan sekali didalam modul tersebut tanpa perlu membuka buku-buku asas perubatan yang lain seperti anatomi dan physiology. 

Bagi pelajar yang rajin membaca, mereka akan suka sistem tradisional dan bagi yang meminati menjawab soalan-soalan mereka akan meminati system PBL. 

Saya secara peribadi memang meminati system tradisional kerana dapat melatih diri untuk banyakkan membaca. 

Walaubagaimanapun pelajar dari sistem tradisional mungkin menghadapi sedikitmasalah jika ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi seperti USMLE , MRCP atau MRCS kerana sistem peperiksaan ini menggunakan kaedah PBL.




Berpatutan: memang tidak dinafikan, pengajian di negara mesir ini adalah antara pengajian perubatan termurah berbanding kolej swasta di Malaysia. 

Sekitar 8000-9000 USD (RM 35 000) sahaja setahun dan perlu diingat kembali bahawa kesemua universiti yang menerima pelajar Malaysia ini adalah universiti awam negara Mesir (IPTA Mesir). Di Malaysia kos perubatan di kolej swasta mencecah hampir RM 60 000 setahun. 

Kos sara hidup disini juga adalah murah. Dengan hanya rm 500 sebulan anda sudah boleh hidup dengan selesa di sini. Ubat-ubatan disini juga adalah sangat murah jika dibandingkan dengan Malaysia.



Peluang pekerjaan: pelajar yang belajar jurusan perubatan di negara Mesir juga mempunyai advantage peluang pekerjaan jika mereka memilih bekerja di luar Malaysia. 

Ramai antara graduan-graduan Mesir diterima untuk bekerja di negara-negara Arab seperi Dubai, Saudi arabia, UK dan Eropah. Ini kerana negara Mesir mempunyai hubungan yang rapat dengan negara-negara tersebut.


Bahasa Inggeris bahasa pengantar: Kesemua kos-kos medik di negara Mesir menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam kuliah. Ini memudahkan para pelajar untuk mempelajari dan memahami pengajian dengan lebih berkesan.

Pensyarah yang sangat baik: Saya tidak tahu di universiti lain, tatapi di Universiti Tanta, pensyarahnya memang sangat jitu dan komited mengajar pelajar. Pelajar boleh pada bila-bila masa berjumpa dengan pensyarah yang bertaraf professor untuk bertanya soalan-soalan yang bertaraf ‘undergrad’ kepada mereka.


KEKURANGAN

Kekurangan fasiliti: Memang tidak dinafikan, universiti-universiti di Mesir ini kebanyakannya sudah ‘uzur’. Balajar didalam keadaan panas ketika musim panas amat mencabar bagi sesetengah dari kita. 

Walaubagaimanapun pihak universiti saban tahun cuba memperbaiki fasiliti-fasiliti tersebut. Jika anda dari kalangan pelajar yang tidak biasa berada di tempat seperti ini, saya nasihatkan agar mecari tempat lain untuk belajar.


Nisbah pelajar: Nisbah pelajar dan pensyarah di Mesir memang sangat mengecewakan. 

Didalam satu kelas praktikal, seorang pensyarah perlu mengajar hampir 20-30 orang pelajar. Ini sangat berbeza dengan nisbah di Malaysia dimana seorang pensyarah antara 4-8 orang pelajar.

Kotor : Maaf untuk saya mengatakan ini, bahawa keadaaan di banyak kawasan dan tempat di Mesir adalah sangat kotor. Sampah sarap sudah ibarat perhiasan di sini. 

Budaya masyarakat Mesir yang tidak memandang sampah di persekitaran mereka sebagai perkara yang penting sangat mendukacitakan. 

Di universiti sendiri pun sampah tidak dititik beratkan oleh pengurusan universiti. Sampah sarap ini juga boleh mengakibatkan penyakit-penyakit mudah merebak.

Kekurangan praktikal: Walaupun clinical skills yang lebih di utamakan disini, kemahiran praktikal seperti memasukan canula, catheter dan mengambil darah adalah masih lagi kurang jika dibandingkan dengan pelajar perubatan di Malaysia. 

Walaubagimanapun kemahiran praktikal ini bukanlan perkara yang lama untuk dipelajari bila pelajar balik ke Malaysia nanti. Pemahaman Teori lebih penting untuk difahami dan mengambil masa yang lama berbanding pemahaman praktikal.


Jadi ini sahaja rasanya yang saya boleh terpikir setakat hari ini… jika anda ada cadangan dan komen ataupun pengalaman sendiri komen di ruangan di bawah.

Tujuan
 artikel ini ditulis bukanlah mahu meninggi-ninggi atau merendah-rendahkan sistem perubatan mesir tetapi sekadar panduan bagi pelajar-pelajar baru dari Malaysia yang berkemungkinan mahu menyambung pengajian mereka di mesir suatu hari nanti. 


But at the end, no matter where did you go to study or which university you went, its all up to you to be the best and improve yourself. Its your effort that destined your future and not your background...

Saya harap artikel ini dapat memberi sedikit idea kepada masyarakat di luar sana tentang system medik di negara mesir. Secara jujurnya saya gembira memilih mesir sebagai tempat pengajian saya disini.


Delfadzil

Artikel berkaitan: Kenapa aku ambil medik?

Follow me at facebook: Click Here



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...