Tuesday, September 27, 2016

Jangan Ambil Kos Perubatan Jika Tiada Kewangan

Artikel kali nih saya tulis untuk respon kepada isu baru-baru nih dimana kita dapati berita 150 pelajar mesir yang mungkin ditamatkan pembelajaran mereka kerana kegagalan membayar yuran pengajian university mereka.



        
Ia… dalam banyak-banyak 150 orang pelajar ini, mungkin ada banyak sebab yang menyebabkan mereka tidak dapat membayar yuran.. mungkin ada diantara mereka yang mungkin telah tertipu dengan janji manis agensi yang menghantar mereka ke mesir, atau mungkin disebabkan kejatuhan wang ringgit yang sangat teruk… wang pinjaman mereka tidak dapat menampung kehidupan mereka disini… apa-apa pun saya mendoakan yang terbaik buat mereka dan berharap masalah mereka ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera… banyak sebab mungkin kenapa masalah ini boleh berlaku… tetapi itu semua diluar jangkauan saya untuk menulis sesuatu yang saya tidak tahu.


Satu sahaja nasihat saya kepada pelajar-pelajar baru yang akan datang yang mahu membuat kos perubatan di mesir ataupun dimana-mana sahja.. pastikan anda dan keluarga anda mempunyai sumber kewangan  yang mencukupi.

Jika tiada, lupakan lah hasrat anda untuk membuat kos perubatan… kos ini sangat mahal even kalau dibuat di negara mesir.. (tanpa tajaan)

Terbaru, ramai graduan-graduan perubatan Malaysia masih lagi ada yang menggangur sementara menanti tempat latihan housemanship.. pilihlah bidang-bidang lain yang lebih menjamin masa depan anda…

Banyak tajaan-tajaan untuk membuat kos perubatan di mesir telah pun ditutup ataupun dikurangkan sekadar yang saya tahu.. perkara ini anda perlu sendiri bertanya kepada badan-badan yang berwajib adakah tajaan mereka masih diteruskan ataupun tidak..

Disini saya senaraikan badan-badan kerajaan yang pernah memberi tajaan kepada pelajar di mesir:

1. Majlis Amanah Rakyat
2. Jabatan Perkhidmatan Awam
3. Lembaga zakat/ Majlis Agama Islam Negeri
4. 1malaysia development berhad
5. Yayasan Negeri (eg. Yayasan Terengganu, Yayasan Islam Kelantan, etc)

Sekian,

No comments:

Post a Comment



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...