Monday, September 26, 2016

10 PUNCA BERLAKU KANSER



Penyakit kanser merupakan antara penyakit kronik yang paling digeruni didalam dunia perubatan. Dan penyakit ini juga adalah antara yang sering disebut-sebut oleh para doktor.

Berbicara mengenai kanser, ramai orang perlu tahu bahawa penyakit kanser ini merupakan penyakit yang sangat unik kerana punca utama berlakunya penyakit ini masih belum diketahui secara tepat oleh sains.

Setiap jenis penyakit kanser mempunyai etiology ataupun punca yang berbeza dan tidak semua pesakit kanser mempunyai punca yang sama.

Di sini saya akan senaraikan punca-punca utama berlakunya kanser supaya kita sama-sama boleh mengambil manfaat dan mengelakkannya pada masa hadapan

[1] MEROKOK. Merokok memang telah disahkan atara punca UTAMA yang mengakibatkan banyak kanser seperti kanser paru-paru,tekak dan esophagus. 85% pesakit kanser paru-paru adalah merek yang merokok. Mereka yang tinggal bersama perokok juga mempunyai 20% risiko mendapat kanser paru-paru.


[2] DIET. Diet yang mengandungi banyak garam, lemak, makanan segera, makanan bakar dan kurang serat dan kurang buah-buahan juga antara penyebab berlakunya kanser perut dan usus. Meminum alkohol dalam jangka masa panjang juga dikaitkan dengan kanser hati.


[3] GENETIK. Terdapat juga beberapa kanser berlaku disebabkan oleh keturunan. Kanser payudara dan kanser usus antara yang paling banyak berlaku didalam keturunan.Jika ada diantara ahli keluarga anda menghidap kanser ini, lakukan pemeriksaan lanjut.


[4] JANGKITAN KUMAN. Jangkitan kuman juga boleh mengakibatkan kanser seperti Human Papilloma Virus (Kanser servik), HIV(Kaposi Sarcoma), Hepatitis B and C Virus (Kanser Hati), Epstein Barr Virus (Lymphoma) dan sebagainya.

[5] RADIASI. Radiasi juga dikatakan antara penyebab boleh berlakunya kanser. Sumber radiasi seperti X-Ray, Nuklear boleh mengakibatkan kanser darah seperti Leukemia jika terdedah dalam jangka masa yang lama. Kesan daripada sinaran matahari yang lama juga dikaitkan dengan kanser melanoma dan basal cell carcinoma (Kanser Kulit)


[6] UMUR. Kanser kebiasaannya berlaku ketika usia 60tahun keatas. Walau tidak dinafikan ada juga kanser yang berlaku kepada kanak-kanak seperti Lymphoma dan leukemia (Kanser Darah) dan juga kanseryang berlaku di usia pertengahan (30-50 tahun) seperti kanser payudara dan kanser testis.

[7] IMMUNE RENDAH (Immunosuppression). Pesakit-pesakit yang mengambil ubat untuk merendahkan immune mereka lebih senang untuk mendapat risiko kanser. Pesakit selepas organ transplantation yang mengambil immunosuppression drug lebih terdedah kepada Non Hodgkin Lymphoma dan kanser paru-paru.

[8] UBAT PENCEGAH KEHAMILAN yang mengandungi hormone progesterone dan estrogen (Oral Contraceptive Pills) dikaitkan dengan penyebab berlakunya kanser payudara, servik dan hati dalam kalangan wanita yang mengambilnya dalam tempoh masa yang panjang.


[9] PERSEKITARAN. Bekerja di kilang-kilang yang mengandungi kimia-kimia yang berbahaya seperti asbestos, benzene , diesel juga boleh mengakibatkan kanser.

[10] Penyakit radang yang kronik seperti gastrik (Peptic Ulcer), Crohn Disease dan Ulcerative Colitis juga boleh membentuk kanser jika tidak dirawat. Refkluks Esophagus juga boleh membentuk kanser pada esophagus jika berlarutan. Penyakit Bilharziasis kronik (di Mesir) juga dkaitkan dengan kanser bladder (Pundi kencing).

Kesemua punca-punca berlakunya kanser yang disenaraikan disini hanyalah sebagai risiko sahaja yang boleh membentuk kanser.

Secara tepatnya, semua manusia boleh membentuk kanser walaupun tidak mempunyai risiko-risiko diatas.

Walaubagaimanapun, dengan mengetahui punca-punca ini, kita dapat mengurangkan risiko mendapat kanser di masa hadapan.

Banyak lagi punca berlakunya kanser yang telah dicadangkan oleh para pengkaji dan kesemua punca-punca tersebut masih sedang dikaji untuk mencari punca sebenar kanser. Ada sesetengah penulis menulis bahawa hampir mustahil untuk para pengkaji menjumpai sebab utama berlakunya kanser dengan tepat.

*artikel ini hanyalah sebagai informasi ringkas, sebarang kesilapan fakta amat dikesali.

Sekian

Penulis:
Muhammad Fadzil Najib

Rujukan:

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...