Dah lama rasanya tak menulis dekat
sini.. jadi hari nih sempena cuti umum pembebasan Sinai, saya rasa rajin
sikit untuk menulis balik di sini… tahun 2016 menandakan sudah 6tahun saya
berada di negara Mesir dan juga ini adalah tahun terakhir saya belajar medik di
negara yang ‘dicintai’ ini…
Mengambil jurusan perubatan sebenarnya bukanlah pilihan pertama saya..tetapi setelah di nasihatkan oleh ayah, saya terpaksa mengambil bidang ini... alhamdulillah... timbul minat akhirnya setelah berada di tahun 3 perubatan terhadap bidang medik ini... (klik sini: sebab ambil medik)
Ramai sebenarnya student Malaysia yang telah dan sedang belajar di negara Mesir, dalam lebih kurang 10 000 student sebenarnya.
Tapi dalam banyak-banyak pelajar tersebut tak ramai yang ingin berkongsi pengalaman mereka di alam maya. Jadi saya rasa biarlah saya menulis sesuatu tentang belajar medik di negara Mesir ini.
Mengambil jurusan perubatan sebenarnya bukanlah pilihan pertama saya..tetapi setelah di nasihatkan oleh ayah, saya terpaksa mengambil bidang ini... alhamdulillah... timbul minat akhirnya setelah berada di tahun 3 perubatan terhadap bidang medik ini... (klik sini: sebab ambil medik)
Ramai sebenarnya student Malaysia yang telah dan sedang belajar di negara Mesir, dalam lebih kurang 10 000 student sebenarnya.
Tapi dalam banyak-banyak pelajar tersebut tak ramai yang ingin berkongsi pengalaman mereka di alam maya. Jadi saya rasa biarlah saya menulis sesuatu tentang belajar medik di negara Mesir ini.
Saya datang ke negara Mesir ini sekitar Oktober 2010 melalui KPT dan
alhamdulillah berjaya menempatkan diri disalah sebuah universiti di Mesir iaituTanta University.
Mungkin ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu atau pernah dengar nama Tanta Universiti ini.. tapi jika di negara Mesir, university ini adalah antara universiti top 10 terbaik di dalam negara.
Mungkin ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu atau pernah dengar nama Tanta Universiti ini.. tapi jika di negara Mesir, university ini adalah antara universiti top 10 terbaik di dalam negara.
Pelajar Malaysia
kebanyakkannya tertumpu di 8
buah universiti Mesir antaranya ialah Univeriti Kaherah, Universiti Ainsham, Universiti Al Azhar, Universiti Mansoura, Universiti Alexandria, Universiti Tanta, Universiti Zaqaziq dan Universiti Assiut. Kesemua universiti ini telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia (Kecuali Universiti Assiut) dan kelulusan pelajar dari universiti ini boleh digunakan untuk mendapat pekerjaan di Malaysia.
Di Tanta Universiti sahaja sekitar hampir 1000 pelajar Malaysia pernah dan sedang belajar disini. Banyak antara pakar-pakar perubatan Malaysia juga merupakan bekas pelajar di universiti Tanta antaranya Dr Abdul Rani Osman (ADUN Selangor) dan Dr Sumitra Patmanathan (Pakar Bius).
buah universiti Mesir antaranya ialah Univeriti Kaherah, Universiti Ainsham, Universiti Al Azhar, Universiti Mansoura, Universiti Alexandria, Universiti Tanta, Universiti Zaqaziq dan Universiti Assiut. Kesemua universiti ini telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia (Kecuali Universiti Assiut) dan kelulusan pelajar dari universiti ini boleh digunakan untuk mendapat pekerjaan di Malaysia.
Di Tanta Universiti sahaja sekitar hampir 1000 pelajar Malaysia pernah dan sedang belajar disini. Banyak antara pakar-pakar perubatan Malaysia juga merupakan bekas pelajar di universiti Tanta antaranya Dr Abdul Rani Osman (ADUN Selangor) dan Dr Sumitra Patmanathan (Pakar Bius).
Jadi selepas 6tahun belajar disini saya dapat membuat kesimpulan tentang
kelebihan dan kekurangan belajar di negara ini:
KELEBIHAN:
Islam: belajar medik disini
antara kelebihannya adalah kita sentiasa diterapkan dengan nilai-nilai
Islam di dalam persekitarannya. Para pensyarah di sini sering mengaitkan
sesuatu fenomena medik dengan kaitannya dalam alQuran dan Hadith.
Para pelajar juga boleh menghadiri
pelbagai kelas-kelas pengajian agama yang disediakan oleh para pelajar jurusan
agama di Al Azhar universiti.
Tetapi pelajar perlu pandai
membahagikan masa mengahadiri kelas seperti ini. Persekitaran Islam di sini
juga memudahkan para pelajar mencari makanan yang halal tanpa perlu ragu-ragu.
Klinikal Skill: klinikal skill disini memang diakui
antara yang terbaik. Para pelajar didedahkan dengan klinikal skill yang lengkap
untuk mendiagnose pesakit.
Doktor di Mesir sudah secara amnya di latih untuk
mendignose pesakit dengan hanya bergantung pada history dan clinical
examination…ini kerana kekurangan teknologi moden mengakibatkan doktor-doktor
terpaksa menggunakan kemahiran klinikal untuk mendiagnose...
70% diagnosis dibuat dengan history dan examination
dan bakinya hanyalah untuk confirmatory menggunakan lab. Investigation. Perkara
ini sangat berbeza dengan medik di negara-negara maju seperti UK dan USA dimana
diagnosis penyakit banyak bergantung pada labaratory investigation dan imaging
dan ini mengakibatkan pesakit terpaksa menanggung kos kewangan yang tinggi.
Pengajian
Sistem tradisional: Seperti
mana yang kita tahu, pengajian bidang perubatan boleh dibahagikan kepada
dua sistem, Sistem Tradisional dan Problem Based
Learning PBL (integrated).
Dan
memang diakui bahawa kedua-dua system ini mempunyai kelebihan dan kekurangnnya
yang tersendiri. Pelajar dari sistem tradisional perlu lebih banyak membaca
berbanding PBL kerana system tradisional menuntut pelajarnya menghafal buku
teks dari kulit ke kulit dan membuat perbandingan setiap subjek secara
sendiri.
Sebagai
contoh, pelajar dari sistem tradisonal perlu membuka buku pharmakologi ,
pathology dan internal medicine secara serentak untuk memahamkan sesuatu
penyakit dan rawatannya secara lebih mendalam.
Manakala
pelajar dari PBL hanya perlu belajar mengikut modul yang telah diasingkan oleh
pihak fakulti masing-masing. Sebagai contoh jika mereka sedang berada di modul
Cardiovascular diseases, kesemua ilmu asas perubatan telah dimasukkan sekali didalam
modul tersebut tanpa perlu membuka buku-buku asas perubatan yang lain seperti
anatomi dan physiology.
Bagi
pelajar yang rajin membaca, mereka akan suka sistem tradisional dan bagi yang
meminati menjawab soalan-soalan mereka akan meminati system PBL.
Saya
secara peribadi memang meminati system tradisional kerana dapat melatih diri
untuk banyakkan membaca.
Walaubagaimanapun
pelajar dari sistem tradisional mungkin menghadapi sedikitmasalah jika
ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi seperti USMLE , MRCP atau MRCS
kerana sistem peperiksaan ini menggunakan kaedah PBL.
Berpatutan: memang tidak dinafikan, pengajian
di negara mesir ini adalah antara pengajian perubatan termurah berbanding kolej
swasta di Malaysia.
Sekitar
8000-9000 USD (RM 35 000) sahaja setahun dan perlu diingat kembali bahawa
kesemua universiti yang menerima pelajar Malaysia ini adalah universiti awam
negara Mesir (IPTA Mesir). Di Malaysia kos perubatan di kolej swasta mencecah
hampir RM 60 000 setahun.
Kos sara
hidup disini juga adalah murah. Dengan hanya rm 500 sebulan anda sudah
boleh hidup dengan selesa di sini. Ubat-ubatan disini juga adalah sangat murah
jika dibandingkan dengan Malaysia.
Peluang
pekerjaan: pelajar
yang belajar jurusan perubatan di negara Mesir juga mempunyai advantage peluang
pekerjaan jika mereka memilih bekerja di luar Malaysia.
Ramai
antara graduan-graduan Mesir diterima untuk bekerja di negara-negara Arab
seperi Dubai, Saudi arabia, UK dan Eropah. Ini kerana negara Mesir mempunyai
hubungan yang rapat dengan negara-negara tersebut.
Bahasa
Inggeris bahasa pengantar: Kesemua kos-kos medik di negara Mesir menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam kuliah. Ini memudahkan para pelajar
untuk mempelajari dan memahami pengajian dengan lebih berkesan.
Pensyarah
yang sangat baik: Saya tidak tahu di universiti lain, tatapi di Universiti Tanta,
pensyarahnya memang sangat jitu dan komited mengajar pelajar. Pelajar boleh
pada bila-bila masa berjumpa dengan pensyarah yang bertaraf professor untuk
bertanya soalan-soalan yang bertaraf ‘undergrad’ kepada mereka.
KEKURANGAN
Kekurangan fasiliti: Memang tidak
dinafikan, universiti-universiti di Mesir ini kebanyakannya sudah ‘uzur’.
Balajar didalam keadaan panas ketika musim panas amat mencabar bagi
sesetengah dari kita.
Walaubagaimanapun pihak universiti saban tahun cuba memperbaiki fasiliti-fasiliti tersebut. Jika anda dari kalangan pelajar yang tidak biasa berada di tempat seperti ini, saya nasihatkan agar mecari tempat lain untuk belajar.
Nisbah
pelajar: Nisbah
pelajar dan pensyarah di Mesir memang sangat mengecewakan.
Didalam
satu kelas praktikal, seorang pensyarah perlu mengajar hampir 20-30 orang
pelajar. Ini sangat berbeza dengan nisbah di Malaysia dimana seorang
pensyarah antara 4-8 orang pelajar.
Kotor : Maaf untuk saya mengatakan ini,
bahawa keadaaan di banyak kawasan dan tempat di Mesir adalah sangat
kotor. Sampah sarap sudah ibarat perhiasan di sini.
Budaya
masyarakat Mesir yang tidak memandang sampah di persekitaran mereka sebagai
perkara yang penting sangat mendukacitakan.
Di
universiti sendiri pun sampah tidak dititik beratkan oleh pengurusan
universiti. Sampah sarap ini juga boleh mengakibatkan penyakit-penyakit mudah
merebak.
Kekurangan
praktikal: Walaupun
clinical skills yang lebih di utamakan disini, kemahiran praktikal
seperti memasukan canula, catheter dan mengambil darah adalah masih lagi
kurang jika dibandingkan dengan pelajar perubatan di Malaysia.
Walaubagimanapun
kemahiran praktikal ini bukanlan perkara yang lama untuk dipelajari bila
pelajar balik ke Malaysia nanti. Pemahaman Teori lebih penting untuk difahami
dan mengambil masa yang lama berbanding pemahaman praktikal.
|
Jadi ini
sahaja rasanya yang saya boleh terpikir setakat hari ini… jika anda ada
cadangan dan komen ataupun pengalaman sendiri komen di ruangan di bawah.
Tujuan artikel ini ditulis bukanlah mahu meninggi-ninggi atau merendah-rendahkan sistem perubatan mesir tetapi sekadar panduan bagi pelajar-pelajar baru dari Malaysia yang berkemungkinan mahu menyambung pengajian mereka di mesir suatu hari nanti.
Tujuan artikel ini ditulis bukanlah mahu meninggi-ninggi atau merendah-rendahkan sistem perubatan mesir tetapi sekadar panduan bagi pelajar-pelajar baru dari Malaysia yang berkemungkinan mahu menyambung pengajian mereka di mesir suatu hari nanti.
But at
the end, no matter where did you go to study or which university you went, its
all up to you to be the best and improve yourself. Its your effort that
destined your future and not your background...
Saya
harap artikel ini dapat memberi sedikit idea kepada masyarakat di
luar sana tentang system medik di negara mesir. Secara jujurnya saya gembira
memilih mesir sebagai tempat pengajian saya disini.
Delfadzil
Artikel berkaitan: Kenapa aku ambil medik?
Follow me at facebook: Click Here
"But at the end, no matter where did you go to study or which university you went, its all up to you to be the best and improve yourself. Its your effort the destined your future and not your background..." <---- THIS. Good writing Fadzil!
ReplyDeleteThank you Arlinie... feel free to share this article... :)
DeleteBelajar medik mat mesir ok tak..??
ReplyDeletemacamana nak apply stdy medic ke mesir?
ReplyDeleteboleh melalui 2 cara... sama ade melalui kementerian pelajaran malaysia (Bahagian Education Malaysia) ATAU melalui agensi-agensi penghantaran pelajar ke Mesir...
Deleteboleh bagi contoh-contoh agensi yg berkenaan?
Deleteagensi penghantaran pelajar ke mesir:
Delete1. medicmesir
2. DaulahEduConsult
3. QAS Management
4. IslamicMedic
5. banyak lagi..
jazakallah :)
DeleteAssalamualaikum, sy salah seorang agen yg bertanggungjawab menguruskan pelajar yg berminat sambung pelajaran di mesir.
DeleteKalau ada yg berminat sambung medic, dentistry, pharmacy di sana, boleh hubungi sy Nazrin di talian 01114799976, atau boleh review di page FB sy "Belajar Medic Dentistry Luar Negara"
Terima kasih, assalamualaikum
belajar medic di mesir akan ade pre uni ke?,
ReplyDeleteTiada... Lepas SPM... Terus masuk ke tahun 1
Deletemaaf nk tya , klaw diberi choices sma da medic in country atau medic timurtengah , yg mna better ?
ReplyDeleteKalau nk praktis kat Malaysia.. Better degree dari local uni.
DeleteSalam nk tnye agen medic mesir ok tak? Ade masalah tak?
ReplyDeletesalam saya bakal melanjutkan pelajaran di mesir dalam jurusan medik, saya nak tanya nanti lepas habis belajar dan balik msia. peluang pekerjaan tu macam mana ek? adakah graduan local akan diutamakan dulu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum, tumpang posting ya dr.
ReplyDeleteKalau ada pelajar yg berminat sambung medic, dentistry, pharmacy di mesir, boleh hubungi sy Nazrin di talian 01114799976, atau boleh review di page FB sy "Belajar Medic Dentistry Luar Negara"
Terima kasih, assalamualaikum
Dr lepasan mesir ada yang tak layak jadi Dr pom tapi nak juge so bayar....tak mcm lepasan uni local...semua betul2 pandai je bole masuk kos medik or dentistry....kurang percaya dr bayar mesir sbb ramai yang pandai pom sebenarnya.
ReplyDeleteMacamana pulak mereka x layak..?? Sedangkan mereka memenuhi syarat untuk sambung pelajaran medic di sana.. memandai saja kamu.. buat palatau..
DeleteWhat do you mean xlayak ?? Saya bekas pelajar dentistry di mesir and now dh bekerja di gov Malaysia . Semua pelajar yang menuntut di mesir adalah diiktiraf di Malaysia . I got straight A’s SPM and pursue my asasi with pointer 3.9 . So baru continue di egypt . So better jaga penulisan and jgn jadi keyboard warrior .
Delete*yang tak layak dan tak pandai pom...
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya nak tanya surat tawaran dari universiti mesir dapat setelah semua dokumen dah upload ke? Sbb dkt laman web kpt hanya tulis melepasi syarat minimum tetapi tiada surat tawaran
ReplyDeleteRespect and that i have a keen give: Where To Start Home Renovation house remodeling services
ReplyDelete