Monday, April 25, 2016

Perubatan di Mesir: Kelebihan dan kekurangannya



Dah lama rasanya tak menulis dekat sini.. jadi hari nih sempena cuti umum pembebasan Sinai, saya rasa rajin sikit untuk menulis balik di sini… tahun 2016 menandakan sudah 6tahun saya berada di negara Mesir dan juga ini adalah tahun terakhir saya belajar medik di negara yang ‘dicintai’ ini…

Mengambil jurusan perubatan sebenarnya bukanlah pilihan pertama saya..tetapi setelah di nasihatkan oleh ayah, saya terpaksa mengambil bidang ini... alhamdulillah... timbul minat akhirnya setelah berada di tahun 3 perubatan terhadap bidang medik ini... (klik sini: sebab ambil medik) 

Ramai sebenarnya student Malaysia yang telah dan sedang belajar di negara Mesir, dalam lebih kurang 10 000 student sebenarnya.

Tapi dalam banyak-banyak pelajar tersebut tak ramai yang ingin berkongsi pengalaman mereka di alam maya.  Jadi saya rasa biarlah saya menulis sesuatu tentang belajar medik di negara Mesir ini. 

Saya datang ke negara Mesir ini sekitar Oktober 2010 melalui KPT dan alhamdulillah berjaya menempatkan diri disalah sebuah universiti di Mesir iaituTanta University.

Mungkin ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu atau pernah dengar nama Tanta Universiti ini.. tapi jika di negara Mesir, university ini adalah antara universiti top 10 terbaik di dalam negara. 


Pelajar Malaysia kebanyakkannya tertumpu di 8
buah universiti Mesir antaranya ialah Univeriti Kaherah, Universiti Ainsham, Universiti Al Azhar, Universiti Mansoura, Universiti Alexandria, Universiti Tanta, Universiti Zaqaziq dan Universiti Assiut. Kesemua universiti ini telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia (Kecuali Universiti Assiut) dan kelulusan pelajar dari universiti ini boleh digunakan untuk mendapat pekerjaan di Malaysia. 

Di Tanta Universiti sahaja sekitar hampir 1000 pelajar Malaysia pernah dan sedang belajar disini. Banyak antara pakar-pakar perubatan Malaysia juga merupakan bekas pelajar di universiti Tanta antaranya Dr Abdul Rani Osman (ADUN Selangor) dan Dr Sumitra Patmanathan (Pakar Bius).

Jadi selepas 6tahun belajar disini saya dapat membuat kesimpulan tentang kelebihan dan kekurangan belajar di negara ini:

KELEBIHAN:

Islam: belajar medik disini antara kelebihannya adalah kita sentiasa diterapkan dengan nilai-nilai Islam di dalam persekitarannya. Para pensyarah di sini sering mengaitkan sesuatu fenomena medik dengan kaitannya dalam alQuran dan Hadith. 

Para pelajar juga boleh menghadiri pelbagai kelas-kelas pengajian agama yang disediakan oleh para pelajar jurusan agama di Al Azhar universiti. 

Tetapi pelajar perlu pandai membahagikan masa mengahadiri kelas seperti ini. Persekitaran Islam di sini juga memudahkan para pelajar mencari makanan yang halal tanpa perlu ragu-ragu.


Klinikal Skill: klinikal skill disini memang diakui antara yang terbaik. Para pelajar didedahkan dengan klinikal skill yang lengkap untuk mendiagnose pesakit.

 Doktor di Mesir sudah secara amnya di latih untuk mendignose pesakit dengan hanya bergantung pada history dan clinical examination…ini kerana kekurangan teknologi moden mengakibatkan doktor-doktor terpaksa menggunakan kemahiran klinikal untuk mendiagnose...  

70% diagnosis dibuat dengan history dan examination dan bakinya hanyalah untuk confirmatory menggunakan lab. Investigation. Perkara ini sangat berbeza dengan medik di negara-negara maju seperti UK dan USA dimana diagnosis penyakit banyak bergantung pada labaratory investigation dan imaging dan ini mengakibatkan pesakit terpaksa menanggung kos kewangan yang tinggi.


Pengajian Sistem tradisional: Seperti mana yang kita tahu, pengajian bidang perubatan boleh dibahagikan kepada dua sistem, Sistem Tradisional dan Problem Based Learning PBL (integrated). 

Dan memang diakui bahawa kedua-dua system ini mempunyai kelebihan dan kekurangnnya yang tersendiri. Pelajar dari sistem tradisional perlu lebih banyak membaca berbanding PBL kerana system tradisional menuntut pelajarnya menghafal buku teks dari kulit ke kulit dan membuat perbandingan setiap subjek secara sendiri. 

Sebagai contoh, pelajar dari sistem tradisonal perlu membuka buku pharmakologi , pathology dan internal medicine secara serentak untuk memahamkan sesuatu penyakit dan rawatannya secara lebih mendalam. 

Manakala pelajar dari PBL hanya perlu belajar mengikut modul yang telah diasingkan oleh pihak fakulti masing-masing. Sebagai contoh jika mereka sedang berada di modul Cardiovascular diseases, kesemua ilmu asas perubatan telah dimasukkan sekali didalam modul tersebut tanpa perlu membuka buku-buku asas perubatan yang lain seperti anatomi dan physiology. 

Bagi pelajar yang rajin membaca, mereka akan suka sistem tradisional dan bagi yang meminati menjawab soalan-soalan mereka akan meminati system PBL. 

Saya secara peribadi memang meminati system tradisional kerana dapat melatih diri untuk banyakkan membaca. 

Walaubagaimanapun pelajar dari sistem tradisional mungkin menghadapi sedikitmasalah jika ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi seperti USMLE , MRCP atau MRCS kerana sistem peperiksaan ini menggunakan kaedah PBL.




Berpatutan: memang tidak dinafikan, pengajian di negara mesir ini adalah antara pengajian perubatan termurah berbanding kolej swasta di Malaysia. 

Sekitar 8000-9000 USD (RM 35 000) sahaja setahun dan perlu diingat kembali bahawa kesemua universiti yang menerima pelajar Malaysia ini adalah universiti awam negara Mesir (IPTA Mesir). Di Malaysia kos perubatan di kolej swasta mencecah hampir RM 60 000 setahun. 

Kos sara hidup disini juga adalah murah. Dengan hanya rm 500 sebulan anda sudah boleh hidup dengan selesa di sini. Ubat-ubatan disini juga adalah sangat murah jika dibandingkan dengan Malaysia.



Peluang pekerjaan: pelajar yang belajar jurusan perubatan di negara Mesir juga mempunyai advantage peluang pekerjaan jika mereka memilih bekerja di luar Malaysia. 

Ramai antara graduan-graduan Mesir diterima untuk bekerja di negara-negara Arab seperi Dubai, Saudi arabia, UK dan Eropah. Ini kerana negara Mesir mempunyai hubungan yang rapat dengan negara-negara tersebut.


Bahasa Inggeris bahasa pengantar: Kesemua kos-kos medik di negara Mesir menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam kuliah. Ini memudahkan para pelajar untuk mempelajari dan memahami pengajian dengan lebih berkesan.

Pensyarah yang sangat baik: Saya tidak tahu di universiti lain, tatapi di Universiti Tanta, pensyarahnya memang sangat jitu dan komited mengajar pelajar. Pelajar boleh pada bila-bila masa berjumpa dengan pensyarah yang bertaraf professor untuk bertanya soalan-soalan yang bertaraf ‘undergrad’ kepada mereka.


KEKURANGAN

Kekurangan fasiliti: Memang tidak dinafikan, universiti-universiti di Mesir ini kebanyakannya sudah ‘uzur’. Balajar didalam keadaan panas ketika musim panas amat mencabar bagi sesetengah dari kita. 

Walaubagaimanapun pihak universiti saban tahun cuba memperbaiki fasiliti-fasiliti tersebut. Jika anda dari kalangan pelajar yang tidak biasa berada di tempat seperti ini, saya nasihatkan agar mecari tempat lain untuk belajar.


Nisbah pelajar: Nisbah pelajar dan pensyarah di Mesir memang sangat mengecewakan. 

Didalam satu kelas praktikal, seorang pensyarah perlu mengajar hampir 20-30 orang pelajar. Ini sangat berbeza dengan nisbah di Malaysia dimana seorang pensyarah antara 4-8 orang pelajar.

Kotor : Maaf untuk saya mengatakan ini, bahawa keadaaan di banyak kawasan dan tempat di Mesir adalah sangat kotor. Sampah sarap sudah ibarat perhiasan di sini. 

Budaya masyarakat Mesir yang tidak memandang sampah di persekitaran mereka sebagai perkara yang penting sangat mendukacitakan. 

Di universiti sendiri pun sampah tidak dititik beratkan oleh pengurusan universiti. Sampah sarap ini juga boleh mengakibatkan penyakit-penyakit mudah merebak.

Kekurangan praktikal: Walaupun clinical skills yang lebih di utamakan disini, kemahiran praktikal seperti memasukan canula, catheter dan mengambil darah adalah masih lagi kurang jika dibandingkan dengan pelajar perubatan di Malaysia. 

Walaubagimanapun kemahiran praktikal ini bukanlan perkara yang lama untuk dipelajari bila pelajar balik ke Malaysia nanti. Pemahaman Teori lebih penting untuk difahami dan mengambil masa yang lama berbanding pemahaman praktikal.


Jadi ini sahaja rasanya yang saya boleh terpikir setakat hari ini… jika anda ada cadangan dan komen ataupun pengalaman sendiri komen di ruangan di bawah.

Tujuan
 artikel ini ditulis bukanlah mahu meninggi-ninggi atau merendah-rendahkan sistem perubatan mesir tetapi sekadar panduan bagi pelajar-pelajar baru dari Malaysia yang berkemungkinan mahu menyambung pengajian mereka di mesir suatu hari nanti. 


But at the end, no matter where did you go to study or which university you went, its all up to you to be the best and improve yourself. Its your effort that destined your future and not your background...

Saya harap artikel ini dapat memberi sedikit idea kepada masyarakat di luar sana tentang system medik di negara mesir. Secara jujurnya saya gembira memilih mesir sebagai tempat pengajian saya disini.


Delfadzil

Artikel berkaitan: Kenapa aku ambil medik?

Follow me at facebook: Click Here

22 comments:

  1. "But at the end, no matter where did you go to study or which university you went, its all up to you to be the best and improve yourself. Its your effort the destined your future and not your background..." <---- THIS. Good writing Fadzil!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Arlinie... feel free to share this article... :)

      Delete
  2. Belajar medik mat mesir ok tak..??

    ReplyDelete
  3. macamana nak apply stdy medic ke mesir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh melalui 2 cara... sama ade melalui kementerian pelajaran malaysia (Bahagian Education Malaysia) ATAU melalui agensi-agensi penghantaran pelajar ke Mesir...

      Delete
    2. boleh bagi contoh-contoh agensi yg berkenaan?

      Delete
    3. agensi penghantaran pelajar ke mesir:

      1. medicmesir
      2. DaulahEduConsult
      3. QAS Management
      4. IslamicMedic
      5. banyak lagi..

      Delete
    4. Assalamualaikum, sy salah seorang agen yg bertanggungjawab menguruskan pelajar yg berminat sambung pelajaran di mesir.

      Kalau ada yg berminat sambung medic, dentistry, pharmacy di sana, boleh hubungi sy Nazrin di talian 01114799976, atau boleh review di page FB sy "Belajar Medic Dentistry Luar Negara"


      Terima kasih, assalamualaikum

      Delete
  4. belajar medic di mesir akan ade pre uni ke?,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada... Lepas SPM... Terus masuk ke tahun 1

      Delete
  5. maaf nk tya , klaw diberi choices sma da medic in country atau medic timurtengah , yg mna better ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nk praktis kat Malaysia.. Better degree dari local uni.

      Delete
  6. Salam nk tnye agen medic mesir ok tak? Ade masalah tak?

    ReplyDelete
  7. salam saya bakal melanjutkan pelajaran di mesir dalam jurusan medik, saya nak tanya nanti lepas habis belajar dan balik msia. peluang pekerjaan tu macam mana ek? adakah graduan local akan diutamakan dulu

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, tumpang posting ya dr.

    Kalau ada pelajar yg berminat sambung medic, dentistry, pharmacy di mesir, boleh hubungi sy Nazrin di talian 01114799976, atau boleh review di page FB sy "Belajar Medic Dentistry Luar Negara"


    Terima kasih, assalamualaikum

    ReplyDelete
  10. Dr lepasan mesir ada yang tak layak jadi Dr pom tapi nak juge so bayar....tak mcm lepasan uni local...semua betul2 pandai je bole masuk kos medik or dentistry....kurang percaya dr bayar mesir sbb ramai yang pandai pom sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana pulak mereka x layak..?? Sedangkan mereka memenuhi syarat untuk sambung pelajaran medic di sana.. memandai saja kamu.. buat palatau..

      Delete
    2. What do you mean xlayak ?? Saya bekas pelajar dentistry di mesir and now dh bekerja di gov Malaysia . Semua pelajar yang menuntut di mesir adalah diiktiraf di Malaysia . I got straight A’s SPM and pursue my asasi with pointer 3.9 . So baru continue di egypt . So better jaga penulisan and jgn jadi keyboard warrior .

      Delete
  11. *yang tak layak dan tak pandai pom...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum. Saya nak tanya surat tawaran dari universiti mesir dapat setelah semua dokumen dah upload ke? Sbb dkt laman web kpt hanya tulis melepasi syarat minimum tetapi tiada surat tawaran

    ReplyDelete



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...