Wednesday, September 26, 2012

Me and Facebook...

Things I do on Facebook...


  • I will never chat with you unless you started first...

  • I will never approve friend request with profile picture of animal face, car or artist even with 100 mutual friends...

Tuesday, September 18, 2012

Api takkan boleh padam api...

Kecewa dan sedih.. itu yang dapat saya ungkapkan bila dapat tahu ada di antara orang Islam yang telah melakukan provokasi dengan menyerang kedutaan Amerika di beberapa buah negara dan membunuh salah seorang duta Amerika ke Libya...

Memang benar kita sebagai seorang muslim pasti merasa sedih dengan peristiwa penghinaan yang telah berlaku kepada Nabi Muhammad SAW yang telah di adaptasikan dalam filem Innocence of Muslims, tetapi sewajarnya sebagai umat Islam kita tidak perlulah bertindak terburu-buru untuk melakukan perkara yang kurang bijak dan merugikan diri sendiri dan mencemarkan nama baik Islam itu sendiri.


Saya sebenarnya juga agak hairan apabila umat Islam begitu bersungguh-sungguh marah kepada mereka yang mencemarkan dan menghina Nabi Muhammad SAW (tak lah kata saya xmarah...), betul memang kita sebagai umat Islam akan marah dan kecewa... tetapi pada masa yang sama kita tidak pernah terfikir untuk mengangkat nama Islam itu sendiri... ya umat Islam itu  seramai 1.3 Bilon orang, tapi sangat lemah dari pelbagai bidang. Kita pada hari ini terus leka dan lalai dengan hiburan dan perkara-perkara yang membuang masa. 


Wednesday, September 12, 2012

Kritikan dan Motivasi


Kritikan...Tiada siapa yang menyukai apabila dirinya dikritik oleh orang lain bila melakukan sesuatu yang tidak disenangi oleh orang yang mengkritik itu, namun kita sebagai manusia tidak akan dapat lari daripada mendengar kritikan-kritikan orang terhadap diri kita, samada kita suka ataupun tidak dengan kritikan tersebut, kita mesti menghadapinya dengan pasrah dan mengharapkan agar kata-kata kritikan tersebut adalah tidak benar. Namun pernahkah kita terfikir bahawa kritikan-kritikan tersebut sebenarnya boleh membawa kepada perkara-perkara positif terhadap diri kita sendiri. Walaubagaimanapun, kita sering melihat  ada insan-insan yang apabila dirinya dikritik akan cepat berputus asa dan akhirnya terperangkap dengan kritikan orang dan akhirnya melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri.

Monday, September 10, 2012

Ph.D di Oxford University??



Tak percaya.. itu reaksi pertama saya bila dapat  tahu ada seorang anak Melayu berjaya mendapat tempat untuk menyambung pengajian ke peringkat Ph.D dalam bidang Biochemistry di Universiti Oxford...  memang tak percaya... apa tak nya, kalau nak sambung Ph.D dekat Malaysia pun susah inikan pulak nak buat Ph.D dekat Oxford, and bukannya dalam bidang sastera, tapi dalam bidang sains Biochemistry... OMG!!! Tahniah kepada Mohd Firdaus Samsuddin dari Terengganu...

Kejayaan ini sebenarnya perlu menjadi pembakar semangat baru kepada kita semua untuk meneruskan belajar ke peringkat yang lebih tinggi lagi.. berita ini pastinya memecahkan mindset kebanyakkan orang  bahawa anak Malaysia  tidak boleh berjaya di peringkat antarabangsa...  So harap-harapnya Mohd Firdaus ini dapat mengharumkan nama Malaysia pada masa akan datang dengan membuat penemuan-penemuan baru dalam bidang sains di Malaysia dan sekaligus mengangkat martabat Islam di persada antarabangsa...

Delfadzil

Baca di sini

Saturday, September 8, 2012

My Cat beranak... :)

Alhamdulillah.. my cat baru sahaja selamat melahirkan 3 ekor anak... and the most important is that I witnessed all of the labour and became a temporary veterinar.. hehe... Her name is Meme... this is her second time to gave birth.... Apa yang best bila dapat tengok kucing beranak ni ialah pagi sebelum Meme nak beranak dia akan menangis sepanjang pagi sebab dia dah tak tahan nak beranak. and lagi satu bila Meme nak beranak dia akan mula mengeluarkan air ketuban dia (amniotic fluid)... and the smell is sooooo busuk.. and satu rumah bau busuk air ketuban dia tu...My experience dengan Meme is soo best bila dapat tengok secara LIVE anak dia keluar dari perut mak dia... and bila anak dia keluar tu dia akan keluar sekali dengan fluid yang melekit melekit.. and after that akan keluar pulak placenta dia.... 

Malam sebelum beranak

Meme tido malam sebelum the Big day

Wednesday, September 5, 2012

Apa itu kencing manis?



Ok.. hari ni nak tulis pasal diabetes...well most of us tahu yang kencing manis ataupun dikenali sebagai diabetes ni adalah penyakit disebabkan banyak minum atau makan  benda manis-manis.. tapi betulker kencing manis disebabkan oleh hanya makan benda benda manis?... I don’t  think so.. generally penyakit kencing manis ni sebenarnya boleh dibahagi kepada 2 kumpulan yang besar iaitu Type 1 diabetes dan Type 2 Diabetes...dan sebenarnya kita masih boleh kena penyakit kencing manis ini walaupun kita jarang minum air manis ataupun makan benda yang berkarbohidrat  tinggi...

Secara am nya badan manusia memerlukan gula ataupun glucose untuk ditukarkan kepada energy. And kita mendapatkan gula mainly dari diet yang kita makan and glucose ini akan bergerak melalui salur darah manusia untuk pergi ke sel-sel yang memerlukan glukos... dan untuk proses menggunakan glucose, badan kita perlu menghasilkan insulin, sejenis hormone yang dirembeskan oleh pancreas... so peranan insulin ini adalah amat penting kerana  ia akan membenarkan glucose masuk kedalam sel sel manusia supaya glukos itu boleh ditukarkan kepada tenaga... tetapi malangnya bagi yang mempunyai penyakit diabetes , proses-proses ini mengalami masalah dan tidak berfungsi dengan betul..

Punca-punca diabetes

Monday, September 3, 2012

Cara study smart?

Read...
Saya terpanggil untuk menjawab satu soalan yang ditanyakan tentang bagaimana cara nak study smart selepas satu artikel saya yang bertajuk "kenapa aku masih gagal" tersiar di I Luv Islam.Com . 

Sememangnya sudah lama saya mahu menulis mengenai cara study smart yang betul tetapi personally saya tiada jawapan yang khusus untuk menjawab soalan ini kerana setiap individu itu mempunyai cara belajar yang tersendiri tentang bagaimana untuk belajar dengan cara yang betul, mungkin cara yang digunakan oleh orang lain tidak sesuai dengan diri seseorang individu yang lain... 

Tetapi anda boleh merujuk dengan ramai pakar motivasi di luar sana ataupun boleh sahaja bertanya kepada rakan anda yang berjaya mendapat keputusan cemerlang tentang bagaimana kaedah yang betul untuk study smart . 

Walaubagaimana pun saya akan senaraikan antara kaedah-kaedah yang digunakan oleh beberapa rakan saya yang cemerlang tentang bagaimana cara mereka belajar smart:



  • Buat akronim: saya letakkan tip ini diatas sekali sebab saya dan beberapa rakan yg lain telah mencuba kaedah ini dan hasilnya memang berkesan... alhamdulillah selepas saya cuba sendiri keputusan exam pun naik mendadak... nanti saya akan post kan artikel cara berkesan untuk buat akronim ini... 

  • Buat nota: tidak kira apa subjek yang anda ambil pun.. mesti kena buat nota ringkas tentang bab ataupun topik yang anda belajar pada hari itu walaupun bab itu ada sikit jer teks dia. Cara nak buat nota tu tak perlu salin balik apa yang ada dalam buku teks tu tapi sekadar tulis tajuk tajuk kecil untuk setiap topic yang  ada dalam satu satu bab itu sahaja... so dengan cara ini lebih memudahkan anda untuk menghafal apa yang anda belajar. Contohnya bila belajar, anda boleh rujuk sahaja tajuk tajuk kecil tersebut  tanpa melihat buku teks, dan  anda cuba untuk explain kat diri anda sendiri... boleh jugak kalau nak buat dengan cara peta minda, listing dan sebagainya...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...