Ok.. hari ni nak tulis pasal diabetes...well most of us tahu yang kencing manis
ataupun dikenali sebagai diabetes ni adalah penyakit disebabkan banyak minum
atau makan benda manis-manis.. tapi
betulker kencing manis disebabkan oleh hanya makan benda benda manis?... I don’t think so.. generally penyakit
kencing manis ni sebenarnya boleh dibahagi kepada 2 kumpulan yang besar iaitu
Type 1 diabetes dan Type 2 Diabetes...dan sebenarnya kita masih boleh kena
penyakit kencing manis ini walaupun kita jarang minum air manis ataupun makan
benda yang berkarbohidrat tinggi...
Secara am nya badan manusia memerlukan gula ataupun glucose
untuk ditukarkan kepada energy. And kita mendapatkan gula mainly dari diet yang
kita makan and glucose ini akan bergerak melalui salur darah manusia untuk
pergi ke sel-sel yang memerlukan glukos... dan untuk proses menggunakan
glucose, badan kita perlu menghasilkan insulin, sejenis hormone yang
dirembeskan oleh pancreas... so peranan insulin ini adalah amat penting kerana ia akan membenarkan glucose masuk kedalam sel
sel manusia supaya glukos itu boleh ditukarkan kepada tenaga... tetapi
malangnya bagi yang mempunyai penyakit diabetes , proses-proses ini mengalami
masalah dan tidak berfungsi dengan betul..
Punca-punca diabetes
Dalam penyakit Type 1 diabetes, organ pancreas yang
menghasilkan insulin telah dimusnahkan oleh antibody yang dihasilkan oleh badan
manusia itu sendiri, iaitu dinamakan sebagai autoimmune disease... antibody ini telah menyerang pancreas itu sendiri
tanpa sebab sebab yang diketahui... and bila ini berlaku... insulin yang
dihasilkan akan sedikit ataupun takder langsung and kesannya glucose tidak
dapat masuk kedalam sel-sel manusia and then berlakulah peningkatan paras gula
dalam darah...lead to Diabetes
Dalam penyakit Type 2 pulak, apa yang berlaku ialah jumlah
penghasilan insulin yang dihasilkan oleh pancreas adalah normal tetapi insulin
ini tidak dapat berfungsi dengan baik (means tidak dapat bind kepada receptor
yang ada pada sel-sel)... Ibarat pintu lah... bayangkan yang glucose adalah
orang yang nak melalui pintu, and insulin adalah kunci yang akan membuka pintu
mangga... so dalam Type 2, lubang mangga untuk kunci masuk tu dah rosak.. and
akibatnya kunci tak dapatlah nak buka mangga untuk membenarkan orang masuk...so
what happen is glucose (orang) tak dapat masuk ke dalam sel and berlakulah
peningkatan paras gula dalam darahà
diabetes.
Glucose masuk kedalam sel |
Kenali Simptom-simptom
kencing manis (diabetes)
- Berat badan menurun tanpa mencuba
- polyurea (kerap buang air)
- polydepsia (dahaga)
- polyphagia (sentiasa lapar)
- kabur penglihatan
- sentiasa letih
- mood tak seimbang
Kesan-kesan akibat diabetes
- Dehydration
- Koma, sawan, kerosakan otak
- Jangkitan salur udara pernafasan disebabkan oleh immune yang lemah
- Penyakit gusi (periodontal disease)
- Sakit jantung
- Kegagalan buah pinggang berfungsi
- Diabetic foot (luka yang lambat baik)
Kaki pesakit diabetes |
- Rabun dan buta
- Atherosclerosis and strok
Plak |
- Mati
Cara menghalang
diabetes
- Sentiasa membuat pemeriksaan diabetes
- Berhenti merokok
- Membuat banyak aktiviti aktiviti fizikal (bersenam)
- Makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, biji-bijiran
- Kurangkan makanan tinggi karbohidrat seperti minuman bergas , makanan segera
- Kawal blood pressure dengan cara exercise
Makan banyak sayur-sayuran |
Piramid makanan |
Delfadzil
Baca Juga: 10 FAKTA TENTANG KANSER YANG KITA TIDAK TAHU..
No comments:
Post a Comment