Tuesday, September 18, 2012

Api takkan boleh padam api...

Kecewa dan sedih.. itu yang dapat saya ungkapkan bila dapat tahu ada di antara orang Islam yang telah melakukan provokasi dengan menyerang kedutaan Amerika di beberapa buah negara dan membunuh salah seorang duta Amerika ke Libya...

Memang benar kita sebagai seorang muslim pasti merasa sedih dengan peristiwa penghinaan yang telah berlaku kepada Nabi Muhammad SAW yang telah di adaptasikan dalam filem Innocence of Muslims, tetapi sewajarnya sebagai umat Islam kita tidak perlulah bertindak terburu-buru untuk melakukan perkara yang kurang bijak dan merugikan diri sendiri dan mencemarkan nama baik Islam itu sendiri.


Saya sebenarnya juga agak hairan apabila umat Islam begitu bersungguh-sungguh marah kepada mereka yang mencemarkan dan menghina Nabi Muhammad SAW (tak lah kata saya xmarah...), betul memang kita sebagai umat Islam akan marah dan kecewa... tetapi pada masa yang sama kita tidak pernah terfikir untuk mengangkat nama Islam itu sendiri... ya umat Islam itu  seramai 1.3 Bilon orang, tapi sangat lemah dari pelbagai bidang. Kita pada hari ini terus leka dan lalai dengan hiburan dan perkara-perkara yang membuang masa. 



Saya berpendapat daripada pergi berdemonstrasi berhari-hari di kedutaan Amerika itu, lebih baik masa yang ada itu digunakan untuk menimba ilmu dan seterusnya membuat perkara-perkara yang lebih berfaedah untuk membangunkan ekonomi umat Islam itu sendiri and bila umat Islam itu dah kuat barulah kuasa-kuasa barat akan tunduk dengan umat Islam itu sendiri... nak demonstrasi boleh... tapi tak payahlah sampai merosakkan harta benda dan berhari-hari.. cukuplah sekadar 4-5 jam sahaja untuk menunjukkan protes sahaja... 



Saya teringat kisah yang pernah diceritakan oleh ustaz saya dahulu semasa disekolah... ada seorang yahudi ke kristian..(xingat yang mana)  yang mana dia ini buta dan hari-hari Nabi Muhammad pergi kepada orang buta ini untuk menyuapkan makanan ke dalam mulutnya... tapi pada masa yang sama orang buta ini sering menghina nabi dan mengutuk-gutuk nabi.... tapi nabi tidak pernah marah dan terus menyuapkan makanan kedalan mulut orang buta itu... suatu hari Nabi wafat dan sahabat nabi pula yang menyuapkan makanan kedalam mulut orang buta itu... then orang buta tu kata "awak bukan yang menyuapkan saya selama ini, sebab orang yang menyuapkan saya selama ini menyuap dengan penuh lemah lembut dan perlahan"... then dia tanya sahabat nabi itu, siapa yang selama ini menyuapkan makanan kedalam mulut dia... sahabat kata  Nabi Muhammad yang selama ini menyuapkan makanan di mulut dia... then orang buta itupun menyesal dan terus masuk Islam... lihat.. macam mana nabi melayan orang yang kutuk baginda... baginda tak bunuh pun orang buta itu... tapi membalasnya dengan perkara yang baik... api memang tak boleh dipadam dengan api... tapi api pastinya boleh dipadam dengan air sejuk...


Oklah... ramai yang tanya macam mana kita harus bertindak terhadap dunia Barat yang terus menghina umat Islam... bagi saya hanya satu sahaja yang boleh kita lakukan di dunia ini untuk menewaskan dunia barat....


Saya bawa kisah yang berlaku pada zaman kegemilangan kerajaan Turki Uthamaniyyah dan pada zaman gelap yang berlaku di barat... apa yang membezakan antara dua zaman ini kalau anda nak tahu....??


ILMU PENGETAHUAN DAN AGAMA


Yup... Ilmu pengetahuna sahaja yang membezakan antara dua zaman ini... zaman gelap adalah zaman dimana berlakunya kemusnahan sistem gereja dan kejatuhan sistem ilmu dan penyelidikan oleh negara-negara barat dan pada masa yang sama lahir tokoh-tokoh Islam yang mashur seperti Ibnu sina, al-Kwarizmi, al Ghazali dan seumpamanya...apa yang dibuat oleh saintis saintis Islam ini adalah mereka telah menciptakan banyak peralatan-peralatan yang mendahului masa pada ketika itu... dan peranan yang dimainkan oleh agama Islam juga begitu hebat sehingga alQuran dicetak berpuluh-puluh kali...sistem yang ada pada zaman kegemilangan umat Islam ini telah menyebabkan negara barat iri hati dan akhirnya mahu menewaskan Islam itu sendiri.


Apa yang dibuat oleh orang-orang barat dan yahudi sememangnya sangat licik iaitu mereka telah mempengaruhi umat Islam itu dari segi budaya dan tingka laku sahaja.....dipendekkan cerita... umat Islam lalai dan akhirnya kerajaan kuat Islam yang terakhir tumbang dan segala ilmu-ilmu pengetahuan telah dibawa balik ke negara barat dan yahudi...





And then pada hari ini orang kata nak lawan Amerika dan barat... ada yang pergi letupkan diri dan sebagainya... saya tak nak komen mengenai hukum meletupkan diri dengan menggunakan bom dan sebagainya kerana ini bukan bidang saya untuk menulis... tetapi bagi saya cara yang terbaik untuk melawan negara-negara barat itu hanya satu sahaja.... (lihat lah balik sejarah.. sebab tu kita kena belajar sejarah sebab ianya adalah satu subjek yang penting...)

ILMU PENGETAHUAN... DAN AGAMA...


So... tak kira lah bidang apa yang anda ambil samada sains ataupun sastera, suka ataupun tidak suka dengan bidang anda itu.... gunakan lah setiap masa yang ada untuk kita sama-sama mengaut balik semua ilmu-ilmu pengetahuan kita yang telah dirampas oleh orang-orang barat dan membawa balik ilmu itu ketangan umat Islam dan sama-sama membangunkan dunia Islam kita di mana-mana sahaja... semua orang boleh sebenarnya menyumbangkan tenaga untuk sama-sama menbangunkan balik zaman kegeilangan umat Islam dahulu jika kita benar-benar menguasai ilmu pengetahuan itu...


So.. as student... apa yang boleh kita lakukan... satu sahaja... belajar.... and terus belajar sampai ke peringkat tertinggi dan menguasai ilmu pengetahuan dan sama-sama membangunkan negara kita...







Supaya nasihat ini menjadi pedoman kepada kita semua

(Penulisan ini hanyalah daripada pendapat peribadi penulis blog ini sahaja dan sebarang kesilapan harap di perbetulkan)


Delfadzil


No comments:

Post a Comment



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...