Tuesday, September 27, 2016

Jangan Ambil Kos Perubatan Jika Tiada Kewangan

Artikel kali nih saya tulis untuk respon kepada isu baru-baru nih dimana kita dapati berita 150 pelajar mesir yang mungkin ditamatkan pembelajaran mereka kerana kegagalan membayar yuran pengajian university mereka.



        
Ia… dalam banyak-banyak 150 orang pelajar ini, mungkin ada banyak sebab yang menyebabkan mereka tidak dapat membayar yuran.. mungkin ada diantara mereka yang mungkin telah tertipu dengan janji manis agensi yang menghantar mereka ke mesir, atau mungkin disebabkan kejatuhan wang ringgit yang sangat teruk… wang pinjaman mereka tidak dapat menampung kehidupan mereka disini… apa-apa pun saya mendoakan yang terbaik buat mereka dan berharap masalah mereka ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera… banyak sebab mungkin kenapa masalah ini boleh berlaku… tetapi itu semua diluar jangkauan saya untuk menulis sesuatu yang saya tidak tahu.

Monday, September 26, 2016

10 PUNCA BERLAKU KANSER



Penyakit kanser merupakan antara penyakit kronik yang paling digeruni didalam dunia perubatan. Dan penyakit ini juga adalah antara yang sering disebut-sebut oleh para doktor.

Berbicara mengenai kanser, ramai orang perlu tahu bahawa penyakit kanser ini merupakan penyakit yang sangat unik kerana punca utama berlakunya penyakit ini masih belum diketahui secara tepat oleh sains.

Setiap jenis penyakit kanser mempunyai etiology ataupun punca yang berbeza dan tidak semua pesakit kanser mempunyai punca yang sama.

Thursday, September 22, 2016

Palsu Dokumen Untuk ke Universiti Luar Negara



Menurut satu laman berita di mStar, pada bulan MAC 2016, terdapat beberapa kes penipuan melibatkan agensi penghantaran pelajar ke Mesir. Laman mStar melaporkan agensi penghantaran pelajar telah memalsukan dokumen pelajar untuk melayakkan mereka belajar di Mesir

Walaubagaimanapun laman mStar tidak menamakan nama agensi berkenaan.

How to Study Effectively?

How to study effectively..?







There are a lot of ways on how you can study effectively. Here are some of the tips that you can do to excel in your study..

These tips are very effective to help anyone to study very well

1. Make acronym. This is the best way among all the following tips.. a lot  of ways how you can make acronym.

2. Make small note. Its  a vital for you to make your own note based on your own understanding towards certain subject. The idea of making note is not to write everything as the text book, but just simply as writing back the main idea in topic of your text book

Wednesday, September 21, 2016

[TERKINI] Presiden Obama dimalukan Ratu Britain



Ketika sedang memberi ucapan, Presiden Obama mengajak Ratu Britain untuk bersama beliau melagakan gelas air tatkala lagu Britain sedang dimainkan... tetapi Ratu Britain tidak mengendahkan Presiden Obama dan meneruskan nyanyian lagu negara Britain.


Delfadzil

Akibat Bermain Buaya, Lelaki Terima Padah


Akibat bermain buaya, seorang lelaki terima padah yang menakutkan.. saksikan video tersebut disini:


Credit to: Funny Animals

Delfadzil

Tuesday, September 20, 2016

10 Tip Survival di Mesir










Alhamdulillah tahun 2016 menandakan hampir 6 tahunsudah aku berada di negara MESIR yang ‘tercinta’ ini… dan hanya tinggal lagi 5 bulan sebelum menamatkan pengajian di negara Mesir ini.. (inshaAllah… doakan yer)





Banyak pengalaman manis dan pahit yang ade akan terus kekal di 
dalam ingatan. Dalam banyak-banyak pengalaman tersebut, ade yang meminta untuk ku menulis satu artikel di blog(walaupun dah tak ramai orang baca blog sekarang nih)tentang beberapa nasihat dan tip-tip tinggal di negara Mesir ini bagi panduan generasi-generasi rakyat Malaysia amnya pada masa akan datang.

So here are all those advices and tips to all new student coming to Egypt. 

Tak kisah di mana-mana university anda pergi… nasihat ini adalah umum tentang kehidupan di negara Mesir,


1. Kuasai Basic Ammiah Arab: yang nih memang antara terpenting jika mahu hidup di mesir ini. Kuasai basic sepertinombor dan perbualan harian sahaja rasanya sudah mencukupi untuk tinggal disini. Walaupun lebih bagus kalau anda dapat kuasai dengan lebih mendalam. Sejujurnya, aku pun tak tahu banyak tentang bahasa ammiah ini  hanya sekadar basic nombor sahaja.



2. Berpersatuan dan berorganisasi: Join sekurang-kurangnya satu persatuan pelajar Malaysia disini samada PERUBATAN,PMRAM, IKRAM, ISMA, KULN, etc. Banyak kelebihan yang akan dapat seperti merapatkan ukhwah, social skill, dan kepimpinan.



3.  Jangan mudah mempercayai. Banyak kes-kes pelajar Malaysia yang ditipu dalam berbagai aspek samada urusan jual beli, naik tramco, teksi, etc… so make sure anda betul-betul tahu mengenai sebarang urusan yang mahu dijalankan bersama orang arab disini



4. Sentiasa bawa wang kecil/ syiling: Antara taktik segelintir orang mesir adalah apabila anda berjual beli, mereka akan sengaja tidak memberi baki wang kecil anda dan menggantikannya dengan gula-gula ataupun mintak dihalalkan. So make sure sentiasa bawa wang syiling bila keluar rumah. 



5.  Jangan meminum air-air ditepi jalan ataupun air kosong dalam jak yang disediakan di restoran. Silap paling besar jika anda meminum air-air tersebut kerana tidak dijamin air itu selamat untuk diminum kerana dikhuatiri menggunakan air paip yang belum dimasak. 




Masyarakat mesir memang ada yang baik untuk menyediakan sebuah tong @ watercooler ditepi-tepi jalan untuk diminum oleh orang yang lalu lalang di situ… 

Memang tak dinafikan ramai orang mesir meminum air- air tersebut dan mungkin kerana itu insiden Hepatitis (jangkitan virus) di Mesir adalah tinggi jika nak dibandingkan dengan Malaysia.. berhati-hati

6. Jangan mengambil apa-apa pemberian daripada orang yang tak dikenali. Kadang-kadang jika anda berjalan-jalan di Mesir… akan ade orang arab yang akan beri kertas ataupunsticker al-Quran dsb.. bila sahaja anda mengambil kertas tersebut.. anda akan diminta membayar kepada orang tersebut sebagai sedekah..



7. Elakkan bertengkar dengan rakyat Mesir… kita semua tahu bahawa ade segelintir rakyat Mesir bersifat panas baran dan suka meninggikan suara pabila bertengkar. The best way kalau korang berada di dalam situasi ini adalah tidak melayan mereka dan berlalu pergi.



8. Pastikan visa anda sentiasa hidup… walaupun jarang pihak polis Mesir membuat semakan ke atas passport orang luar… tetapi apabila anda ingin kembali ke Malaysia melalui lapangan terbang… pihak imigresen Mesir akan meyemak passport anda.. dan akan mendenda mereka yang tidak ada visa atau yang dah expired.

9. Buat kawan dengan rakyat mesir. Banyak kelebihan yang kita akan dapat kalau banyak kawan-kawan dari rakyat mesir ini. Ada yang baik dan ada juga yang tidak. Cara terbaik adalah dengan mencai rakan mesir dari tahun batch anda di universiti.



10 Mengetahui lokasi-lokasi penting untuk rakyat Malaysia di Mesir. Selain daripada kedutaan dan rumah negeri, anda juga perlu mengetahui lokasi-lokasi penting seperti mesin atmbalai polishospital dan sebagainya






So ini adalah antara 10 tip yang aku terpikir setakat ini… komen di ruangan komen dibawah jika anda rasa ada penambahan tip-tip yang anda rasa sesuai..


Terima kasih kerana membaca and good luck kepada pelajar baru samada dari pengajian kesihatan ataupun pengajian Islam.

Doakan kami disini berjaya melepasi peperiksaan akhir tahun 6 dengan jayannya dan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat kepada negara Malaysia yang tercinta.

DELFADZIL


Follow me on Facebook for any advice: Muhammad Fadzil

Sunday, September 18, 2016

Dato Dr Haron Din dalam Kenangan

1940-2016



Delfadzil mengucapkan takziah di atas pemergian Tuan Guru Dato Dr Haron Din ke rahmatullah pada 16 September 2016 di San Francisco Amerika Syarikat.

Mudah-mudahan roh beliau di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh

Alfatihah

Pendidikan Beliau


  • Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
  • Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
  • Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (Kolej Islam Klang) (1962-1965)
  • Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
  • Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
  • Ph.D Syariah - Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).

Kerjaya Beliau


  • pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
  • Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
  • Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
  • Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
  • Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
  • Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
  • Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
  • Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
  • Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

Sumber: Wikipedia

Delfadzil

Monday, September 5, 2016

Bahaya Ilmu Sihir Siam

Tonton video ini untuk mengenali bahaya ilmu sihir dari negara Thailand dan cara untuk kita mengelakkan nya...






Kredit to: jaksa08


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...