Kritikan...Tiada
siapa yang menyukai apabila dirinya dikritik oleh orang lain bila melakukan
sesuatu yang tidak disenangi oleh orang yang mengkritik itu, namun kita sebagai
manusia tidak akan dapat lari daripada mendengar kritikan-kritikan orang
terhadap diri kita, samada kita suka ataupun tidak dengan kritikan tersebut,
kita mesti menghadapinya dengan pasrah dan mengharapkan agar kata-kata kritikan
tersebut adalah tidak benar. Namun pernahkah kita terfikir bahawa
kritikan-kritikan tersebut sebenarnya boleh membawa kepada perkara-perkara positif
terhadap diri kita sendiri. Walaubagaimanapun, kita sering melihat ada insan-insan yang apabila dirinya dikritik
akan cepat berputus asa dan akhirnya terperangkap dengan kritikan orang dan
akhirnya melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri.
Menerima
kritikan yang menbina pastinya tidak ada masalah kerana kritikan yang membina
biasanya diterima dengan baik. Namun kita pasti akan merasa sesuatu apabila
kritikan yang menjatuhkan dilemparkan ke atas diri kita. Kritikan-kritikan
seperti bentuk rupa paras, kebolehan , prestasi peperikasaan dan sebagainya
sering kali diperbesarkan oleh diri kita sendiri apabila ada yang mengkritik
kita. Ramai yang menganggap kritikan adalah sebagai suatu masalah besar yang
perlu disembunyikan dan akhirnya merana seorang diri dengan masalah tersebut. Namun
sedarkah kita, masih ramai manusia yang mepunyai masalah yang jauh lebih besar
dari kita? Kita seharusnya mempersiapkan diri kita apabila menghadapi
kritikan-kritikan yang menjatuhkan seperti ini.
Tindakan
yang wajar kita terima apabila diri kita dikritik adalah kita hendaklah sabar dan
tenang akan kritikan-kritikan tersebut. Memang Nampak agak sukar apabila kita
dituntut sabar apabila ada individu-individu lain yang mengkritik kita namun
lupakah kita bahawa ada ramai lagi manusia lain yang menghadapi dugaan dan
cabaran yang jauh lebih hebat dari kita. Sedangkan Rasulullah saw pun masih
boleh bersabar tatkala penduduk Mekah memaki hamun baginda, dugaan besar yang
ditempuh oleh baginda dilalui dengan penuh sabar dan tenang tanpa ada perasaan mahu
membalas dendam. Tetapi malangnya kita pada hari ini melakukan perkara yang
bertentangan dengan baginda tatkala diri dikritik. Kritikan yang sedikit sahaja
sudah cukup membuatkan kita melenting dan marah dengan kritikan tersebut tanpa
terus berfikir panjang.
Seharusnya kita
menjadikan kritikan sebagai pembakar semangat. Ya... ramai diantara kita yang
melihat kritikan sebagai sesuatu yang melemahkan semangat. Lumrah apabila kita dikritik
pasti akan merasakan bahawa kritikan tersebut adalah benar disebabkan kelemahan
diri kita , tetapi ingatlah bahwa kritikan-kritikan itu sebenarnya adalah suatu
panduan kepada kita dalam menempuh masa-masa akan datang untuk tidak mengulangi
kesilapan yang lalu. Jadikanlah kritikan-kritikan yang kita terima itu sebagai
pendorong kepada kita untuk menepis cabaran-cabaran pada masa hadapan dengan
lebih berkeyakinan untuk tidak terjatuh kedalam perangkap kegagalan yang lalu.
Kita juga sebenarnya
perlu bersyukur jika masih ada mereka yang mahu mengkritik diri kita , tidak kira
samada kritikan itu dibuat dengan ikhlas atau sebaliknya, kita perlu melihatnya
sebagai suatu tanda kasih nya mereka kepada kita dan sewajarnya berterima kasih
kepada mereka kerana masih mahu memberi
kritikan kepada kita. Bayangkan sahaja jika kita menempuh dunia ini tanpa
nasihat dan kritikan kriktikan yang membina dan menyakitkan, kita pastinya akan
jauh sesat dalam dunia penuh kenikmatan ini. Tidak ada manusia didunia ini yang
boleh hidup dengan merasakan dirinya sempurna dan tidak perlu dikritik lagi.
Walaubagaimanapun
bagaimana kita menerima kritikan itulah yang jauh lebih penting. Ramai yang
apabila dikritik akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan diri mereka
sendiri kerana tidak dapat menerima kekurangan yang ada pada diri mereka. Ada yang
akan menangis dan tak kurang juga yang akan membunuh diri sendiri jika kritikan
yang diterimanya dirasakan terlampau berat. Ingat lah bahawa semua orang
mempunyai masalah tetapi cara dan bagaimana masalah itu diselesiakanlah yang
membezakan seseorang individu itu dari individu yang lain.
Jelas bahawa
kritikan itu sebenarnya penting dalam memandu kita kearah kebaikan dan
kebahagian hidup di dunia ini dan apa yang penting adalah kita menerima setiap
kritikan itu dengan hati ynag terbuka dan tenang. Fikirkan sahaja bahawa setiap
kritikan itu sebenarnya adalah panduan yang penting untuk kita berjaya di masa
hadapan. Teringat kata-kata aktivis
muslim Amerika, Malcolm X yang berbunyi “if you have no critics, you’ll likely have
no success”, benar sungguh kata pepatah ini...apalah manisnya hidup ini tanpa
sedikit masin dan pahit untuk diselang-selikan dalam melayari bahtera kehidupan
di alam dunia ini...
Delfadzil
Delfadzil
inn syaa allah,, kita akn bngkit dn jdi lbih baik bila kritikn itu hdir :)
ReplyDelete