Blog delfadzil menerima banyak pertanyaan samada
melalui komen atau pun di facebook peribadi saya tentang belajar perubatan di
negara mesir ini.
Disini saya akan senaraikan serba sedikit beberapa
fakta yang perlu anda tahu sebelum membuat keptusan untuk datang belajar
perubatan di negara Mesir ini.
1. Belajar medik disini adalah selama 6 tahun dan anda
boleh memohon terus sahaja selepas SPM. Tidak perlu asasi ataupun matrikulasi
dan lain-lain.
Tanta University |
2. Pembelajaran seratus-peratus di dalam Bahasa Inggeris. Jangan takut jika anda tiada apa-apa background dalam Bahasa Arab
kerana anda boleh sahaja belajar basic Bahasa Arab tatkala berada di negara ini…
3. Kos keseluruhan tahun pembelajaran 6 tahun disini
antara USD 8000- 9250 setahun bergantung kepada university yang anda pilih.
4. Terdapat 7 buah university yang diiktiraf JPA dan
MMC ( Majlis Perubatan Malaysia ). Sila rujuk blog posting saya sebelum ini untuk
mengetahui senarai university yang diiktiraf.
Philip Temple Aswan |
5. Terdapat dua kaedah anda boleh memohon untuk
melanjutkan pelajaran disini. Pertama melalui Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia (KPT) atau pun cara kedua adalah melalui Agensi Penghantaran Swasta.
6. Kelayakan minima untuk diterima ke university di Mesir adalah ‘B-’ dalam kesemua subjek sains di peringkat SPM termasuk biologi,
kimia, fizik dan matematik tambahan.
7. Terdapat beberapa tajaan disediakan pihak kerajaan
seperti JPA dan MARA… Zakat negeri juga turut menyediakan tajaan kepada pelajar
yang menuntut disini. Anda perlulah berurusan dengan pihak terbabit untuk
mengetahui status terkini tajaan di Mesir.
8. Kos hidup disini adalah lebih murah jika
dibandingkan dengan Malaysia. Dengan hanya RM 500.. anda sudah boleh hidup
selama sebulan disini.
9. 90% rakyat Mesir adalah beragama Islam. Terdapat juga Universiti al Azhar di sini yang telah melahirkan ribuan ilmuwan Islam.
Suasana di dalam masjid di mesir |
10. Situasi keselamatan di negara ini secara
keseluruhannya stabil dan aman buat masa ini. (April 2017)
11. Peratusan pelajar yang lulus sekitar 70% bagi setiap
peperiksaan.
Alexandria Beach |
12. Pembelajaran disini adalah lebih ‘rileks’ sedikit berbanding pembelajaran medik
di Malaysia. Dari segi illmu perubatan, university disini masih menggunakan system
pembelajaran tradisional yang yang menuntut pelajar menghafal dan memahami
fakta-fakta yang lebih banyak dari biasa.
13. Makanan halal adalah dijamin di negara ini. Cuma
dari segi kebersihan, anda perlulah berhati-hati memilih makanan yang bersih.
Ini adalah antara beberapa fakta-fakta daripada
jawapan-jawapan yang ditanyakan kepada saya. Saya harap artikel kali ini dapat
menjawab persoalan-persoalan yang bermain difikiran pelajar-pelajar baru yang ingin
meneruskan pengajian disini.
Feel free to ask me any question regarding studying
medicine in egypt. I will try my best to answer them all….
Delfadzil
Artikel berkaitan: Perubatan di Mesir: Kelebihan dan kekurangannya
Terima kasih sudi tulis tips yang wajib tahu sebelum saya melanjutkan pelajaran ke Mesir.
ReplyDeletesama-sama... :)
DeletePastinya artikel ini sangat membantu adik2 kita, insyaAllah..
ReplyDelete