Monday, May 1, 2017

Perubatan di Mesir : Perkara Wajib Tahu

Blog delfadzil menerima banyak pertanyaan samada melalui komen atau pun di facebook peribadi saya tentang belajar perubatan di negara mesir ini. 






 Setiap tahun ramai antara pelajar lepasan SPM yang PM saya bertanyakan mengenai kos medik ini.

Disini saya akan senaraikan serba sedikit beberapa fakta yang perlu anda tahu sebelum membuat keptusan untuk datang belajar perubatan di negara Mesir ini.


1. Belajar medik disini adalah selama 6 tahun dan anda boleh memohon terus sahaja selepas SPM. Tidak perlu asasi ataupun matrikulasi dan lain-lain.

Tanta University


2. Pembelajaran seratus-peratus di dalam Bahasa Inggeris. Jangan takut jika anda tiada apa-apa background dalam Bahasa Arab kerana anda boleh sahaja belajar basic Bahasa Arab tatkala berada di negara ini…

3. Kos keseluruhan tahun pembelajaran 6 tahun disini antara USD 8000- 9250 setahun bergantung kepada university yang anda pilih.

4. Terdapat 7 buah university yang diiktiraf JPA dan MMC ( Majlis Perubatan Malaysia ). Sila rujuk blog posting saya sebelum ini untuk mengetahui senarai university yang diiktiraf.

Philip Temple Aswan


5. Terdapat dua kaedah anda boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran disini. Pertama melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) atau pun cara kedua adalah melalui Agensi Penghantaran Swasta.

6. Kelayakan minima untuk diterima ke university di Mesir adalah ‘B-’ dalam kesemua subjek sains di peringkat SPM termasuk biologi, kimia, fizik dan matematik tambahan.



7. Terdapat beberapa tajaan disediakan pihak kerajaan seperti JPA dan MARA… Zakat negeri juga turut menyediakan tajaan kepada pelajar yang menuntut disini. Anda perlulah berurusan dengan pihak terbabit untuk mengetahui status terkini tajaan di Mesir.

8. Kos hidup disini adalah lebih murah jika dibandingkan dengan Malaysia. Dengan hanya RM 500.. anda sudah boleh hidup selama sebulan disini.

9. 90% rakyat Mesir adalah beragama Islam. Terdapat juga Universiti al Azhar di sini yang telah melahirkan ribuan ilmuwan Islam.

Suasana di dalam masjid di mesir


10. Situasi keselamatan di negara ini secara keseluruhannya stabil dan aman buat masa ini. (April 2017)

11. Peratusan pelajar yang lulus sekitar 70% bagi setiap peperiksaan.

Alexandria Beach


12. Pembelajaran disini adalah lebih  ‘rileks’ sedikit berbanding pembelajaran medik di Malaysia. Dari segi illmu perubatan, university disini masih menggunakan system pembelajaran tradisional yang yang menuntut pelajar menghafal dan memahami fakta-fakta yang lebih banyak dari biasa.

13. Makanan halal adalah dijamin di negara ini. Cuma dari segi kebersihan, anda perlulah berhati-hati memilih makanan yang bersih.



Ini adalah antara beberapa fakta-fakta daripada jawapan-jawapan yang ditanyakan kepada saya. Saya harap artikel kali ini dapat menjawab persoalan-persoalan yang bermain difikiran pelajar-pelajar baru yang ingin meneruskan pengajian disini.

Feel free to ask me any question regarding studying medicine in egypt. I will try my best to answer them all….

Delfadzil 


3 comments:

  1. Terima kasih sudi tulis tips yang wajib tahu sebelum saya melanjutkan pelajaran ke Mesir.

    ReplyDelete
  2. Pastinya artikel ini sangat membantu adik2 kita, insyaAllah..

    ReplyDelete



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...