Sunday, May 25, 2014

Exam dan Universiti

Lama dah tak update blog nih... last update lebih kurang 8 bulan yang lepas.. huhu... ok lah.. So disebabkan tujuan saya buat blog ini adlah untuk express apa2 yang terjadi dalam hidup saya.. So kali nih saya just nk tulis something yang sangat-sangat membuatkan hati saya marah...




Seperti ramai yang tahu.. saya belajar di Mesir... to be spesific Universiti Tanta. Untuk pengetahuan pembaca yuran belajar di Mesir ini adalh sekitar USD 9000 setahun (RM30 000). So seperti biasa bulan May-July adalh antara bulan peperiksaan untuk hampir kesemua tahun... so baru-baru ini peperiksaan telah pun bermula... kami semua bersiap sedialah untuk mengambil peperiksaan... and then tiba-tiba pihak universiti mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan pelajar yang tidak membayar yuran untuk mengambil peperiksaan. Memanglah setiap pelajar perlu membayar yuran pada awal tahun, tetapi pihak universiti sewajarnya mempunyai rasa simpati kepada pelajar yang tidak dapat membayar ini...

Disebabkan kebanyakkan yang datang sini adlah dari keluarga yang berpendapatan sederhana, so tak ramai lah yang membayar yuran dan tak dibenarkan mengambil peperiksaan... Luckilly saya telah mendapat tajaan.. dan beban membayar yuran tersebut pun telah berkurangan. Perkara ini bukan sahaja mengakibatkan masa depan pelajar menjadi suram malah mengakibatkan mereka terpaksa mengalami tekanan perasaan yang tinggi...

Siapa yang salah:

  • Parent: Yup... parent lah yang sebenarnya bersalah... kita semua tahu bahawa kos untuk mempelajari bidang perubatan adlah sangat mahal... jadi jika kita tidak bersedia dari segi kewangan, kenapa perlu memaksa anak anda mengambil bidang ini... banyak lagi bidang lain yang boleh diceburi... dan jangan mudah terpengaruh dengan agen2 penhantaran pelajar ini... 
  • Agen penghantar pelajar: agen yang menghantar pelajar juga banyak memberi janji-janji manis dengan mengatakan bahawa banyak tajaan akan diberikan selepas naik ketahun dua.. tetapi yang sebenarnya hanyalah janji-janji palsu.. kebanyakkan penaja2 sudah tidak mahu menaja bidang perubatan memandangkan ianya bukan lagi bidang kritikal di malaysia... situasi politik mesir yang tidak stabil juga menambahkan lagi kerumitan ini.
Tindakan:

Saya ingin menyarankan kepada pihak Kedutaan Malaysia Mesir dan jugak Education Malaysia supaya mengambil tindakan drastik atas kejadian ini. Saya sarankan supaya pihak EME menghentikan segala penghantaran pelajar baru ke Mesir @ Universiti Tanta kerana tindakan yang keterlaluan ini... memanglah pada dasarnya kita yang bersalah... tetapi rasa simpati itu perlu ada di pihak universiti memandangkan pelaburan yang diberi oleh pelajar malaysia kepada pihak universiti adalah sangat tinggi... bayangkan setiap pelajar membayar RM30 000

1 pelajar: RM 30 000
900 pelajar: RM 27 Juta ringgit setahun
6 tahun: RM 167 Juta ringgit

Selain itu, dengan keuntungan sekitar RM 27 juta setahun itupun masih lagi belum ade apa2 perubahan yang dilakukan oleh pihak Universiti... Pihak EME sewajarnya memberi kata putus terhadap situasi ini kepada pihak Universiti. 

Nasihat:

Nasihat saya satu sahaja.. pastikan anda mempunyai perancangan yang rapi dari segi kewangan sebelum anda decided untuk datang kenegara Mesir ini... Personally saya merasakan untuk pelajar baru yang mahu datang mesir mengambil bidang perubatan agar melupakan lah hasrat tersebut...  pergilah ke negara-negara lain yang jauh lebih baik sistem pembelajaran mereka... ataupun melupakan hasrat untuk menjadi doktor dan mengambil bidang yang lain yang lebih diperlukan di Malaysia...

Itu sahaja kot buat masa ini.. saya tahu post kali ini akan membuatkan ramai yang terasa... tapi nak buat macam mana kan... ini lah realiti nya... maaf jika anda tidak faham akan penulisan saya kali ini... tulisan kali ini dibuat secara random sahaja tanpa ade banyak tapisan2... maklumlah dah lama tak buat karangan... almost 4 years... haha.. bye.. :)  

No comments:

Post a Comment



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...