Friday, August 17, 2012

Cara Nak Mencari Publisiti Untuk Jawatan...

Hmmmm.. hari ni aku nak tulis pasal tip tip untuk mendapatkan jawatan dalam mana mana persatuan atau pertubuhan yang anda masuk samada di peringkat sekolah ataupun universiti... tapi tip ini hanya untuk mereka yang berada di peringkat sekolah atau universiti sajalah sbb kalau nak masuk mana mana pertubuhan  NGO atau pun parti politik , yang besar besarlah lebih kurang tu.. anda memerlukan bakat dan kelebihan yang lain.. so this post is specifically for student yang nak kan jawatan lah... @ cara cara nak mencari publisiti....  and for your information.. aku ni suka memerhati sesuatu.. so bila masuk sekolah and kolej aku selalu tengok kawan kawan berebut rebut nak kan jawatan dalam something persatuan yang diorang masuk... so tanpa membuang masa.. jom tengok tip2 apa yang sering diorang gunakan untuk mencari publisiti:

1) Masuk kumpulan nasyid: Yup.... this is so true... kalau anda masuk dalam mana mana kumpulan  nasyid dekat sekolah anda... probability untuk mendapatkan jawatan kalau anda bertanding adalah sangat tinggi... tapi kena ade pakej lah.. baru orang akan undi... such as suara yang sedap dan personaliti yang menarik...
Setakat hari ni lah kebanyakkan sekolah yang aku pergi, ketua pengawas ataupun ketua pelajar dia adalah dari ahli kumpulan nasyid...more than 40% lah lebih kurang...

2) Rapat dengan senior yang ada jawatan : Kalau anda selau rapat dengan senior seperti ini secara tidak langsung anda akan menjadi popular... this happen to me when I was in form 4... aku selalu lah jumpa sorang senior ni.. masa tu dia pengerusi pustakawan.. so aku sengajalah  jumpa dia kalau nak tanya apa apa pasal pusat sumber... later on.. kami sering berhubung and aku pun diperkenalkan dengan rakan rakan senior tu tadi... and jadilah popular... bila aku masuk bertanding dalam jawatan pengerusi pustakawan.. aku menang pulak... (ade banyak sbb lagi sbb apa aku menang, cuma ini salah satu faktornya.. haha)

3) Masuk kumpulan kumpulan agama di sekolah: Cara yang paling senang adalah anda perlulah selalu menjadi imam dalam solat jemaah dekat sekolah anda... kalau tak boleh jadi imam.. jadilah to bilal ke... dengan menjadi selalu menjadi imam, orang lain akan mula menujukkan rasa respect dia terutamanya junior-junior lah... lps dah jadi imam tu, bagilah sikit sikit tazkirah ker... pastikan isi tazkirah tu mantap lah.. Kalau tak boleh gak.. berlagak lah jadi alim... konfem lepas tu orang akan undi anda.. 

4) Dapatkan result yang paling baik di sekolah: Yang ni memang susah lah nak dilakukan... jadi top student... bila anda jadi top student, secara automatik cikgu dan kawan kawan (95% of cases) akan mencalonkan anda... and biasanya yang top student ni kalau dia kalah pun, cikgu akan palsukan result election tu sebab nak bagi jugak dekat pelajar tadi tu jawatan.. tapi biasanya memang akan menang lah bila top student masuk bertanding... contohnya dekat sekolah aku dulu ada 2 orang top student, dapat result straight As dalam exam penggal pertama... so secara automtik, cikgu guna kuasa veto mencalonkan mereka... dan akhirnya mereka menang... and banyak kali lah aku jumpa kes kes macam ni... sebab tu aku letakkan 95% probability...

5) Buat kontroversi: Buatlah apa apa kontroversi yang baik... seperti contoh.. selalulah post benda benda nasihat dan sebagainya dalam facebook... ataupun comment dalam post yang dibuat oleh ketua pelajar ker... buatlah macam mana pun.. sebabnya ada kawan aku yang berjaya mendapatkan jawatan dengan cara ini... buat kontroversi dengan ade couple2 ker...dalam kelas selalu tanya cikgu ker jadi gedik ker...dan sebagainya...

6) Personaliti yang menarik: yang ni memang aku sokong lah... so aku letak 100% probability orang yang muka cantik akan dapat jawatan kalau dia bertanding... Sejak aku darjah satu sampai sekarang... kebanyakkan yang menang jawatan dekat sekolah sekolah adalah dalam kategori yang mempunyai personality yang menarik... memang susah kita nak jumpa ketua pelajar yang mempunyai wajah yang tak menarik sebagai contoh yang mempunyai banyak jerawat dan sebagainya. Susah jugak nak jumpa penolong ketua pelajar yang tak cantik... Perempuan yang cantik biasanya akan menang lebih lebih lagi kalau dia jadi gedik dengan cikgu-cikgu and selalu menimbulkan kontroversi...

7) Sentiasa rajin hulur tangan ataupun join mana mana program: Dengan anda yang sentiasa rajin@offer nak tolong ker... atau pun sentiasa jadi orang awal yang sampai dalam mana mana program anjuran sekolah ataupun persatuan, secara tidak langsung anda akan menimbulkan persepsi yang anda ini seorang yang rajin dan peramah.. so senior senior yang tengok pun akan terkesima...

so rasanya ini sahajalah yang aku dapat pikir time ni... so kalau anda nak kan jawatan buatlah seperti apa yang telah aku katakan ini. Ada kawan aku tanya, kenapa tak nak pegang jawatan masa kat kolej and universiti??  aku katalah yang aku ni pegang jawatan masa kat sekolah semata mata untuk dapatkan point untuk KOKO, kalau dah masuk universiti, tak perlukan dah koko ni...Sebab tu aku enjoy melihat kawan kawan dekat universiti berebut rebut nak kan jawatan.. tapi tak pelah.. kalau anda rasa anda layak.. buat lah.. semoga berjaya... artikel ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun samada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal.. haha..  p/s tak semua tempat boleh apply tip tip ni... 

Delfadzil

No comments:

Post a Comment



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...