Saturday, August 13, 2016

‘Benda’ tu Ikut Aku Baca Surah Yassin


Okay..hari nih aku dapat satu pesanan dalam mesej dari seorang kawan lama yang suruh aku tulis pasal pengalaman dia..

Ini cerita dia: 

Nama aku Ayuni..dan perkara tu jadi tahun 2008… waktu tu aku baru dapat kerja dalam kerajaan.. dan antara syarat nak dapat penempatan tetap kena lalui satu kursus selama 6 bulan yang sangat mencabar… so nak di jadikan cerita.. dalam satu modul kursus tu kena ambik latihan ketenteraan.

Dan korang semua tahu lah kan bila cakap pasal latihan ketenteraan nih mesti antara salah satu aktiviti yang kena buat adalah duduk dalam hutan.. lebih kurang perkhemahan lah.


Hari yang ditunggu tu pun tiba.. dalam group aku ada dalam kurang 25 orang dan 4 orang fasilitator yang terdiri daripada abang-abang askar lah.

Kami masuk hutan waktu petang untuk berkhemah dan setiap peserta perlu berada didalam hutan  membina khemah dan duduk disitu selama sehari… setiap peserta akan dibekalkan dengan satu lighter, pisau, khemah pasang siap, tin sardine, roti , sebotol air 1.5liter, torchlight dan wisel. Wisel nih perlu ditiup kalau ade kecemasan.

So kita orang masuk hari khamis petang… setiap peserta di kehendaki membina khemah dan duduk seorang diri di satu kawasan hutan tu… 

Jarak dengan peserta lain adalah kira 200meter. Maksudnya setiap tempat khemah tu 200 meter jaraknya dengan satu sama lain.

Waktu petang tu memang tak ade apa-apa lah.. Cuma ade beberapa ekor babi yang lalu lalang… haha..  Lepas setengah jam.. aku siap pasang khemah dan kumpul kan kayu api… Malam sebelum maghrib, aku dah start pasang api guna lighter and masak sardine tu cicah dengan roti.

Lepas jer dah gelap.. aku pun duduk dalam khemah jer tak keluar-keluar langsung.. hanya kedengaran kat luar bunyi kayu api yang terbakar dan burung-burung dan cengkerik. Hujan pulak rintik-rintik…

Duduk dalam khemah,  aku baring jer.. cerita dia bermula macam nih.. time nak baring-baring tu aku dah rasa tak sedap badan dah.. and aku pulak orang yang lemah semangat…  

Lepas tu aku dengar seakan-akan bunyi-bunyi cengkerik tu macam makin kuat kat luar khemah..

Lepas tu dengar macam ade bunyi orang bersiul sebelah khemah aku tu… aku buat tak tahu jer lah… sebab memang fasilitator tu ade bagitahu sebelum aktiviti nih kalau ade rasa apa-apa jangan layan jer and buat tak tahu..

Sedang duduk dalam khemah tu, aku nampak ade satu ‘benda/lembaga’ warna hitam depan aku… duduk bersila depan aku.. aku yang waktu tu tengah baring memang dah syak dah benda nih dah masuk dalam khemah aku.

Aku pun berbisik.. cuba baca surah Yassin pelan-pelan… nasib baik aku dah hafal lah sikit-sikit ayat surah yassin nih…

Tiba-tiba benda tu pun ikut aku baca surah Yassin… suara dia macam suara seorang wanita tua yang tersesak-esak… 

Aku jadi panik… padahal baru 6-7 ayat aku baca dan benda tu pun ikut baca jugak sebelah aku...

Sampai ayat ke lapan aku berhenti… aku tak tengok pun benda tu.. aku ambik torchlight dan keluar dari khemah pelan-pelan… aku ingat nak pergi khemah kawan aku kat sebelah , Maisarah yang jarak dia 200 meter dari khemah aku…

Aku cuba bangun dan nak lari sambil-sambil pandang belakang.. benda tu pulak aku nampak bangun dan ikut sebelah aku..

Ya allah.. memang tak boleh nak dibayangkan macam mana perasaan aku waktu tu..

Aku lari… tapi perlahan macam jogging… yer lah.. siapa yang akan ade kekuatan nak lari bila dah di’ganggu’ macam nih teruk.

Memang takut sangat-sangat.. aku menangis… benda tu pun ikut aku menangis…

Tak sampai 50 meter.. aku tersepak something… aku rasa macam kayu dan aku jatuh tersungkur.

Waktu aku jatuh tu pun.. benda tu still ikut aku… aku merangkak-rangkak nak pergi khemah Mai… benda tu ikut jugak aku merangkak sebelah aku..

Aku nak jerit tapi aku takut sangat-sangat kalau benda tu pun ikut aku jerit…

Aku merangkak sampai khemah Mai.. bila dah sampai.. aku panggil Mai.. dia keluar dari khemah dia dan nampak aku merangkak ke arah dia.

Dia papah dan bawa aku masuk ke dalam khemah dia…
Mai diam jer bila nampak aku dan dia pun tak tanya banyak.. macam dia tahu ade ‘something’ kacau aku… dia suruh aku tidur jer dan cerita esoknya…

Esoknya aku cerita kat dia pasal benda tu…

Aku tanya dia.. ade dia nampak apa-apa tak sebelah aku waktu aku merangkak-rangkak ke arah dia…

Dia cakap tak nampak apa-apa pun sebab gelap.. dia nampak aku merangkak dengan torchlight jer…

So petang tu kitaorang pun habis perkhemahan kat kawasan tu…

Kalau korang nak tahu.. tempat aku khemah tu kat hutan ulu yam Selangor.. huhu..


So thank you sebab baca… ini lah kisah aku…

Ayuni

Delfadzil

No comments:

Post a Comment



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...