Tuesday, August 9, 2016

AIR ALKALI DAN KENCING MANIS



Baru-baru nih ramai yang share mengenai air alkali atau 
‘miracle water’ yang dikatakan dapat menyembuhkan 
berbagai jenis penyakit dari kanser kepada lelah/semput, 
dan sehingga ke kencing manis. 


Air ini dikatakan mempunyai anti-oxidant dan kuasa
merawatberbagai jenis penyakit. Para pengedar/penjual air
ini telah  mendakwa bahawa air alkali ini mampu merawat
pelbagai jenis penyakit kronik antaranya ialah kencing manis.



Penyakit kencing manis ataupun diabetes mellitus (DM) 
adalah suatu penyakit disebabkan oleh paras gula (glucose) 
dalam darah yang terlalu tinggi dan ini akan mengakibatkan 
berlakunya pelbagai komplikasi-komplikasi yang bahaya 
seperti kegagalan buah pinggang, rabun, lemah immunity 
dan penyakit jantung.

Penyakit kencing manis ini secara umum terbahagi kepada 
dua pengklasifan yang utama iaitu Type 1 DM dan juga Type 
2 DM.

Untuk Type 1 DM (T1DM), sehingga ke hari ini ia masih 
belum diketahui puncanya tetapi pelbagai teori dicadangkan 
antaranya ialah penyakit keturunan (genetic) , autoimmune 
(system immunity menyerang badan sendiri) dan juga 
persekitaran. Kebiasaannya golongan muda kurang dari 
20tahun lebih banyak dilaporkan menghidapi T1DM.

Didalam T1DM, system immunity manusia menyerang organ 
pankreas tanpa sebab-sebab yang diketahu mengakibatkan 
hormone insulin yang dirembeskan oleh pancreas 
berkurangan didalam darah. 


Insulin adalah hormone yang membenarkan sel-sel dalam
badan manusia menggunakan gula untuk menghasilkan tenaga.


Kekurangan insulin mengakibatkan kenaikan paras gula 
yang tinggi didalam darah. Ini juga akan mengakibatkan 
pesakit ‘kencing manis’. Walaupun pesakit ‘kencing manis’ , 
paras gula di dalam darah tetap tinggi dan merbahaya untuk 
pesakit.

Untuk Type 2 DM (T2DM), ianya berlaku disebabkan oleh 
insulin gagal untuk memasukkan gula kedalam sel-sel 
badan manusia (insulin resistance) untuk digunakansebagai 
tenaga. Type 2 DM lebih senang untuk dihidapi oleh mereka 
yang gemuk (obesiti) dan juga yang kurang melakukan 
aktiviti. Dan seperti T1DM, ia juga mengakibatkan paras 
gula didalam darah akan menjadi tinggi.

Rawatan pada masa kini tertumpu kepada merawat PUNCA 
berlakunya DM. Untuk T1DM , rawatan adalah dengan 
memberikan pesakit suntikan insulin sepanjang hidup dan 
untuk T2DM adalah dengan mengurangkan berat badan dan 
melakukan aktiviti-aktiviti riadhah.

Jelas bahawa air alkali ini tidak mungkin dapat merawat 
DM kerana ia nya tidak bertindak keatas punca terjadinya 
DM. 

Mungkn para penjual/ pengedar air alkali ini dapat 
menerangkan bagaimana meminum air alkali ini dapat 
merawat kencing manis..??

Kenali tanda-tanda Diabetes/Kencing manis dan langkah pencegahannya:


Delfadzil


No comments:

Post a Comment



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...