Wednesday, September 14, 2011

Semangat Kenegerian...

Alhamdulillah, baru pulang dari majlis bersama student baru di sini malam tadi. Dalam saya sempat bersembang dengan beberapa orang rakan-rakan, saya terdengar beberapa rakan yg lain bercerita mengenai negeri asal mereka dan tempat tempat di negeri mereka bersama rakan rakan yang sama negeri dengan mereka dan mereka pula tidak langsung bergaul dengan orang dari negeri lain. Fenomena ini telah lama saya saksikan sejak beberapa tahun yg lalu ketika menuntut di Pahang sehinggalah saya mengambil keputusan untuk menulis mengenai perkara ini. Bagi saya kenapa kita perlu terlampau ekstrim mengenai negeri kelahiran kita, bukan kah kita semua lahir di negara yang satu, Malaysia. Dahlah tu , hanya bergaul dengan orang yg sama negeri sahaja... perkara sebegini sepatutnya tidak lagi berlaku dalam negara Malaysia ini kerana perkara ini pasti akan merugikan negara kita sendiri.


Semangat kenegerian yang tinggi ini sememangnya popular di negeri negeri  pantai timur dan di belah utara. Semasa saya sedang menuntut di Pahang beberapa tahun yang lalu, memang tak dinafikan bahawa semangat kenegerian yang amat tinggi dapat dilihat dalam kalangan pelajar pelajar di sana terutamanya dari kalangan orang muda. Amat mengecewakan jikalau perkara sebegini berlaku lagi dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.

Saya terfikir bahawa semangat kenegerian ini wujud kerana kurangnya pergaulan dengan masyarakat luar sejak di negeri asal mereka dan kebanyakan sekolah sekolah di pantai timur diajarkan dengan guru guru yang sama negeri sahaja. Mungkin juga terdapat pihak ibu bapa dalam masyarakat tersebut yang tidak mahu anak anak anak mereka bergaul dengan masyarakat luar seperti masyarakat yang tinggal di KL, dan sebagainya. Selain itu faktor sosiobudaya yang berbeza mungkin menjadi sebabnya.

Sebagai contoh, dalam satu pertandingan bola sepak antara Kelantan menentang Selangor, kita dapat melihat bahawa jurang kenegerian yang amat ketara apabila sesuatu pasukan bola sepak tersebut memenangi pertandingan tersebut, terdapat  pihak dari kedua dua belah pihak bertelagah sesama sendiri dan bergaduh mengenai keputusan pertandingan tersebut.
Kesimpulannya selagi perkara ini tak dapat dihakis oleh kesemua pihak, mana mungkin Malaysia mampu bergerak menuju kearah negara maju pada masa hadapan. (macam buat karangan dalam exam pulak)

Delfadzil

No comments:

Post a Comment



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...