Thursday, November 12, 2015

Kegagalan

Beberapa hari yang lepas aku menerima berita keputusan peperiksaan... gagal... GAGAL mencapai matlamat yang aku nak... aku terima berita tersebut tatkala berada di Alexandria...


Memang sangat sakit.. sakit sangat bila segala usaha yang kita buat sepanjang tahun tak berbalas dengan satu kejayaan yang kita inginkan.... hari ini baru rasa ade sikit semangat nak menulis meluahkan segala perasaan... 


                           



Memang susah nak comfort balik diri ni lepas dapat result yang kita tak jangka... tapi aku terima dengan redha... mungkin ade hikmah yang Allah nak tunjukkan... tatkala rakan-rakan seperjuangan kita happy dengan result masing-masing, aku pulak duduk termenung fikir result...

'' Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu... dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk...(al Baqarah: 45) ''



I did everything that I can... I studied day and night during study weeks... memorising the whole text book.. but at the end.. it does not come out as it should be... 

Yes... I did a lot of careless mistake... soalan yang senang boleh salah, tapi soalan yang susah pulak boleh betul... maybe sebab tak prepare soalan2 yang senang tu betul- betul...


Tapi aku puas... walaupun gagal capai matlamat yang aku nak..at least aku dah buat yang terbaik...

''Gagal selepas mencuba adalah lebih bermakna daripada gagal tidak mencuba... ''


Puas sebab walaupun aku telah gagal, tapi aku dah bagi yang terbaik yang pernah aku buat dalam mana-mana peperiksaan yang telah aku ambil sepanjang berada di Tanta ini...


Yang paling penting jika kita telah gagal... jangan menyalahkan orang lain, kita sendiri yang salah sebenarnya... baca sini


Banyak sebab sebenarnya mengapa kita gagal dan kita sendiri perlu mencari apa sebab kita gagal tersebut... dan yang lebih penting lagi adalah tidak mudah berputus asa... perjalanan di dalam kehidupan ini sangat panjang dan penuh dengan ranjau dan durinya...


Tiada guna kita bersedih di atas kegagalan kerana kita tidak mampu untuk mengubahnya kembali... teruskan perjuangan dan semoga kita semua berjaya di masa akan datang...




Artikel berkaitan: Cara study Smart


Delfadzil 

No comments:

Post a Comment



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...