Saturday, July 2, 2016

Kenali 10 Individu Paling Berpengaruh di Malaysia


10. Azhar bin Idrus

Azhar bin Idrus atau lebih popular dengan panggilan Ustaz Azhar Idrus (UAI) – Penceramah Agama, mempunyai jutaan pengikut di Malaysia dan Asia Tenggara



 9. Lim Guan Eng


Lim Guan Eng – Ketua Menteri Pulau Pinang/Setiausaha Agung DAP, mengetuai sebuah parti pembangkang paling berjaya di Malaysia.



8. Abdul Hadi bin Awang



Abdul Hadi Awang - Presiden PAS mengetuai parti PAS yang mempunyai sokongan ramai pengundi-pengundi Melayu/Islam selepas UMNO. Beliau juga dilantik Naib Pengerusi  Kesatuan Ulama Islam Sedunia



7. Robert Kuok



Robert Kuok – individu paling kaya di Malaysia. Banyak syarikat-syarikat beliau memegang pegangan saham di dalam ekonomi Malaysia.




6. Mahathir bin Mohamad



Mahathir Mohammad- Bekas Perdana Menteri selama hampir 22 tahun. Kejayaan beliau mentransformasikan Malaysia daripada negara berasaskan pertanian kepada sektor perindustrian melonjakkan nama beliau di Malaysia dan dunia



5. Rosmah binti Mansor


Rosmah binti Mansor- Isteri Perdana Menteri Malaysia dan satu-satunya wanita berada di dalam senarai ini. Menjadi isteri kepada PM dan mengetuai pelbagai badan-badan bukan kerajaan menjadikan beliau cukup berpengaruh di Malaysia.


4. Anwar bin Ibrahim



Anwar bin Ibrahim- Bekas ketua pembangkang Malaysia dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Mengetuai Pakatan Rakyat untuk mendapat undi popular didalam  Pilihanraya Umum ke 13 dan menafikan buat kali pertama majoriti 2/3 Barisan Nasional didalam parlimen Malaysia



3. Tuanku Abdul Halim ibni Sultan Badlishah


Yang Di Pertuan Agong - YDPA mengetuai negara Malaysia sebagai ketua negara. Baginda juga menjadi pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dan sebagai lambang kedaulatan Negara Malaysia


2. Khalid bin Abu Bakar


Khalid Abu Bakar - Ketua Polis Negara. Mengetuai pasukan polis diraja Malaysia.



1. Mohd Najib bin Abdul Razak



Najib Razak - Perdana Menteri- Najib Razak mengetuai kesemua badan-badan kerajaan di Malaysia dan mempunyai kuasa eksekutif dalam kesemua urusan-urusan negara. Beliau juga mempunyai kuasa menasihati YDPA untuk membuat pelantikan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara serta beberapa jawatan-jawatan utama negara Malaysia.

Delfadzil

No comments:

Post a Comment



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...