Baru-baru nih ramai yang share mengenai air alkali atau
‘miracle water’ yang
dikatakan dapat menyembuhkan
berbagai jenis
penyakit dari kanser kepada lelah/semput,
dan sehingga ke kencing manis.
Air ini dikatakan
mempunyai anti-oxidant dan kuasa
merawatberbagai
jenis penyakit. Para pengedar/penjual air
ini telah
mendakwa bahawa air alkali ini mampu merawat
pelbagai jenis
penyakit kronik antaranya ialah kencing manis.
Penyakit kencing
manis ataupun diabetes mellitus (DM)
adalah suatu
penyakit disebabkan oleh paras gula (glucose)
dalam darah yang
terlalu tinggi dan ini akan mengakibatkan
berlakunya pelbagai
komplikasi-komplikasi yang bahaya
seperti kegagalan
buah pinggang, rabun, lemah immunity
dan penyakit
jantung.
Penyakit kencing
manis ini secara umum terbahagi kepada
dua pengklasifan
yang utama iaitu Type 1 DM dan juga Type
2 DM.
Untuk Type
1 DM (T1DM), sehingga ke hari ini ia masih
belum diketahui
puncanya tetapi pelbagai teori dicadangkan
antaranya ialah
penyakit keturunan (genetic) , autoimmune
(system immunity
menyerang badan sendiri) dan juga
persekitaran.
Kebiasaannya golongan muda kurang dari
20tahun lebih
banyak dilaporkan menghidapi T1DM.
Didalam T1DM,
system immunity manusia menyerang organ
pankreas tanpa
sebab-sebab yang diketahu mengakibatkan
hormone insulin
yang dirembeskan oleh pancreas
berkurangan didalam darah.
Insulin adalah
hormone yang membenarkan sel-sel dalam
badan manusia menggunakan gula
untuk menghasilkan tenaga.
Kekurangan insulin
mengakibatkan kenaikan paras gula
yang tinggi didalam
darah. Ini juga akan mengakibatkan
pesakit ‘kencing
manis’. Walaupun pesakit ‘kencing manis’ ,
paras gula di dalam
darah tetap tinggi dan merbahaya untuk
pesakit.
Untuk Type
2 DM (T2DM), ianya berlaku disebabkan oleh
insulin gagal untuk
memasukkan gula kedalam sel-sel
badan manusia
(insulin resistance) untuk digunakansebagai
tenaga. Type 2 DM
lebih senang untuk dihidapi oleh mereka
yang gemuk
(obesiti) dan juga yang kurang melakukan
aktiviti. Dan
seperti T1DM, ia juga mengakibatkan paras
gula didalam
darah akan menjadi tinggi.
Rawatan pada masa
kini tertumpu kepada merawat PUNCA
berlakunya DM.
Untuk T1DM , rawatan adalah dengan
memberikan pesakit
suntikan insulin sepanjang hidup dan
untuk T2DM adalah
dengan mengurangkan berat badan dan
melakukan
aktiviti-aktiviti riadhah.
Jelas bahawa air
alkali ini tidak mungkin dapat merawat
DM kerana ia
nya tidak bertindak keatas punca terjadinya
DM.
Mungkn para
penjual/ pengedar air alkali ini dapat
menerangkan
bagaimana meminum air alkali ini dapat
merawat kencing
manis..??
Kenali tanda-tanda
Diabetes/Kencing manis dan langkah pencegahannya:
Delfadzil